Wednesday, December 7, 2011

Video Ohsem APG '11

Hari ni baru saya dengar pasal Pertandingan Video Osem APG '11. (ok soo several weeks ago) pakai line at&t ke yg lmbt sgt neh haha. Pertandingan ohsemstilah dibuat oleh blogger yang ohsem juga. Promo di sini. 


Mula-mula baru figure out yang sahabat saya seorang lagi selepas matlutfi90 terjebak dalam kancah video ohsem. Bermula dengan short film: Tomato kemudian baru perasan video Shahadatul Haq dalam pertandingan ini nukilan dia juga. Syabas Ahmad Zulhilmi Sobri. Pahala mencurah-curah mashaAllah bila sahabat-sahabat di seluruh dunia tengok dan dapat 'take-home message'. ;)


Saya suka video ohsem interaktif menarik. Media tarbiyyah Islamemang perlukan orang-orang ohsem seperti anda semua. Dakwah lebih menarik dan mudah tertarik gitu ;D


Buat si budak kecik Syarifah Noor, anda sangat ohsem. Video udah la comel. Love you lah. Ukhwah fillah.


Nak tengok video-video beyond ohsem?

















;D 



Ikhwah US bila pulak nak buat video?
Tak terasa tercabar dengan akhwat US ;) quoted

ok,bru perasan 'osem' bukan ohsem. tapi saya suka ohsem. oh well ;)

Tuesday, December 6, 2011

qalbi nadak : luahan umat akhir zaman



Saya dan anda umat akhir zaman. Kebanyakan luahan mereka, ''kenapa sibuk mengingatkan aku? Ingat aku ni tak tau pasal agama? Diri kau dah sempurna?'' 

maaf, pahit untuk ditelan tapi ini realiti. 

walhal dalam kehidupan seharian kita pun, bukankah ada reminder? Cuba check cell phone or PDA, ada reminder berkaitan appointment kita, due date, exams and important dates. Sebab kita tahu, kita tak mampu untuk ingat semua. Saya juga seorang yang mudah lupa.

Tapi kenapa kita hairan apabila ada kata-kata yang mengajak kepada kebaikan baik di sekeliling atau di laman sosial facebook,twitter dan blog? seorang insan ini menyebut, kenapa peringatan perlu disebarkan, kenapa doa-doa terpampang di newsfeed atau timeline anda, kenapa tidak dirahsiakan, biar jadi rahsia antara hamba dan AlKhalid? Kenapa,kenapa dan kenapa?..

Kalaulah kita tahu,

Yang matlamat hidup kita untuk beribadah kepada Allah semata-mata, dengan pelbagai cara,
Yang kita bertanggungjwab menyebarkan risalah Islam di muka bumi,
Yang di akhirat kelak, kita akan disoal, apa yang telah kamu perbuat di dunia?
Yang di akhirat kelak, kita akan disoal, apakah kamu saling ingat-mengingati?
Yang kita menjadi Khalifah Allah di atas bumi, untuk bekal menuju akhirat. Karena kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Firman-Nya:-Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.(Ali Imran: 104)


Dalam ayat lain disebutkan "Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS. Ali Imran: 110). Ada juga dalam QS. At Taubah: 71, Al Hajj: 41, Al-A'raf: 165, Al Maidah: 78-79 serta masih banyak lagi dalam surah yang lain.

Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya perpecahan ialah tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar: Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah sepertimana Allah telah melaknati mereka itu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy)




Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.

Imam Hasan al-Basri

Tuesday, November 22, 2011

safara almubarak ;)


Musafir itu..

Musafir itu menyeksakan..sebahagian dari Azab.
Itu kata Nabi saw..
Saya setuju..
Sebab saya tahu 'seksa'nya itu..
Tambah-tambah atas kenderaan cam dalam gambar ni malaysia-> states, penatnya Allah je yang tahu.
Bila da mula perjalanan, letih semua dikumpul sambil menanti malam tiba..
Disebabkan itu jugalah Islam banyak memberi rukhsah @ keringanan seperti solat jama' dan qasar.
Sebakan esok nak mula bermusafir ke Ohio dan michigan, saya nak berkongsi ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir. Sama-samalah kita cuba mengamalkannya kerana semua mudah sahaja, dan ia memberi nilai tambah dalam urusan safar kita..dalam kata lain, perjalanan kita, penat lelah kita jadi pahala semuanya..InsyaAllah..
ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir.

  1. Niat yang baik.Destinasi yang baik. Jalan berjalan tanpa tujuan
  2. Solat 2 rakaat sunat sebelem keluar bermusafir (solat sunat safar)
  3. Rasulullah suka bermusafir pada hari Khamis, tak suka hari Jumaat. Elak safar jumaat, sebab nanti terlepas solat jumaat
  4. Mulakan perjalanan pada waktu malam-perjalanan terasa pendek
  5. Bawa bek kecil (at least). Rasulullah saw bila musafir baginda bawa satu beg kecil yang diisi siwak (berus gigi), sikat, cermin, celak dan midra ( kayu kecil yang baginda gunakan untuk membetulkan rambutnya.)
  6. Ucap selamat tinggal. Yang tinggal doakan yang bermusafir agar selamat,sentiasa berada dalam perlindungan Allah
  7. Orang bermusafir kena banyak berdoa. Rasulullah saw pernah menyuruh Umar Al-Khattab yang hendak bermusafir agar berdoa untuk sahabat-sahabt lain termasuk untuk Rasululah
  8. Berdoalah untuk keselamatan diri semasa bermusafir. Contoh:
    "Bismillah Amantu billah wa Tawakkaltu 'ala Allah" dan doa-doa lain
  9. Bila bermusafir bersama dalam kumpulan lebih 3 orang, mesti dilantik seorang seorang ketua kumpulan
  10. Bila perjalanan kita menaik, contoh : kapal terbang sedang berlepas, kereta menaiki bukit, mendaki bukit, hendaklah kita bertakbir -Allahu Akbar berulang2 sepanjang proses tersebut. Bila perjalanan kita menurun pula, contoh : kapal terbang sedang turun untuk mendarat, kereta menuruni bukit hendaklah kita bertasbih -Subhanallah berulang2 sepanjang proses tersebut.
  11. Rasulullah saw suka mendengar AlHuda'---nyanyian, muzik yang menyenangkan hati-secara tidak langsung perjalanan terasa lebih selesa.
  12. Dan apabila kita masuk satu negara baru /negeri/ kampung baru, hendaklah kita berdoa-- minta kebaikan kampung itu, ahlinya dan apa-apa yg ada di dalamnya dan minta dijauhkan yang sebaliknya
  13. Ketika pulang bermusafir, bawalah pulang hadiah/ole-ole kerana hadiah itu mengeratkan hati sesama manusia.

Thursday, November 17, 2011

charging your iman

Setiap patah perkataan di dalamnya, mempunyai pelbagai makna yang memberi inspirasi. Setiap baris ayat yang tertera, ada amaran dan peringatan yang mampu menggetarkan jiwa seorang hamba hina. Setiap helaian al-Quran, tersirat kisah-kisah yang mampu menitiskan air mata. Al-Quran. Kitab yang mengandungi kalamullah, yang menjadi penguat saat diri rebah :)
 
“And He found you lost, and guided [you]” [Surah ad-Dhuhaa:7]
 
p/s Allah does not want us to be the best, but He want us to do the best,and for sure, let Him do for the rest.

Friday, November 11, 2011

Usbu' al-Imtihan








p/s bittaufiq wannajah kawan-kawan. 

teringat satu coretan.

Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya 'Madarij as-Salikin' bahawa setiap waktu mempunyai ibadatnya yang tersendiri. Ibnu al-Qayyim berkata:
"Ibadah yang paling baik (afdhal) ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya.''

Ibadah yang terbaik ketika berwukuf di ‘Arafah ialah bersungguh-sungguh untuk tunduk khusyuk, berdoa, juga berzikir, bukannya berpuasa yang boleh melemahkan badan untuk melakukan ibadah-ibadah tadi. Manakala amalan yang afdhal ketika sepuluh hari Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutamanya bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Ibadah yang terbaik ketika pelajar meminta tunjuk ajar dan mengajar orang yang jahil adalah mara dan sibuk dengan mengajar.

Ibadah yang paling afdhal pada setiap waktu dan keadaan ialah mengutamakan untuk mengejar keredhaan Allah pada waktu dan keadaan itu, sentiasa sibuk menunaikan kewajipan waktu, tugas dan tuntutan ketika itu."


Firman Allah Taala yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 77-78)

*ibadah itu bukan terhad kepada yang fardhu dan amalan-amalan sunat.jom jadikan belajar kita ini satu ibadah yang bermanfaat keseluruhannya insyaAllah,. niat belajar untuk mendapat redha Allah.  ;)

*heads up to Shahadatul Haq next weekend. siap sedia mental fizikal rohani jasmani*

Thursday, November 10, 2011

Istikharah Cinta

Istikharah Cinta


“Saya masih belum berkahwin. Tapi saya berazam untuk berkahwin. Buat masa ini, biarlah saya bercinta dahulu. Tapi saya akan berkahwin nanti. Mungkin bukan sekarang, tapi saya berazam untuk berkahwin juga. Supaya pasangan saya tidak lari, dan supaya dia tahu bahwa saya sangat mencintainya, biarlah kami bercinta dahulu buat masa ini. Tapi kami juga ingin berkahwin, dan kami berazam untuk itu. Tapi mungkin bukan sekarang, insyaAllah nanti…”



Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Saya percaya, ramai daripada kita yang pernah mendengar perkataan ‘istikharah’ ini dengan membawa maksud ‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh saya katakan – istikharah cinta.


Saya telah lama tahu tentang istikharah dan solatnya. Pertama kali saya bersolat sunat istikharah adalah ketika saya ingin membuat keputusan untuk belajar di MRSM. Dan kali keduanya adalah ketika saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran perubatan di Rusia. 


Pada hujung bulan Januari yang lalu, saya pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti musim sejuk ataupun bagi saya – cuti peristiwa ‘ribut salji’ yang melanda Eropah. Ketika saya sedang membelek-belek berita dalam akhbar Utusan Malaysia yang sudah lama tidak saya pegang, pandangan saya tertarik kepada sebuah artikel tentang ‘Istikharah’. 


Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliyyah iaitu meramalkan masa depan berpandukan kepada berhala dan syaitan. Ini bagi mengelakkan golongan tersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya mereka mengetahui masa depan. 


Dalam hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)


Setelah saya ber’istikharah’, saya tidak pula menunggu sehingga datang mimpi tentang pilihan yang ingin saya putuskan. Tiada suatu nas atau dalil yang menyatakan demikian. Namun, itu semua bergantung juga pada kehendak dan kekuasaan Allah untuk setiap hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya. 


Setelah istikharah, maka saya teguh dengan keputusan saya. Saya percaya kata-kata al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Maka saya teguh meneruskan keputusan yang telah saya pegang, samaada saya berasa senang atau tidak, kerana kebaikan itu pasti ada dalam jiwa ini, meskipun jiwa ini tidak menyenanginya.


Namun, sedar tidak sedar, ada sebuah rahsia rumit disebalik istikharah ini. Apabila seseorang itu meminta agar Allah memberikannya ilham atas keputusan dan pilihannya, maka selepas itu dia berasa begitu yakin, optimis dan pilihannya jitu! Maka tanpa membuang masa, dia terus memulakan langkah pilihannya. 


Tapi sedihnya, istikharah itu bukanlah membawa dia ke arah menyempurnakan syari’at ke gerbang perkahwinan, tapi ‘hidayah’ yang dia peroleh membawa dia kearah jalan yang mencatitkan dosa sepanjang perjalanannya. Sehingga sanggup dia bercinta diluar akad yang sah, malah mengisytiharkan bahawa ‘saya kini telah berpunya’!


Sudah tentulah bukan hidayah dan petunjuk Allah yang membawa dia kepada jalan ini, tapi syaitan itulah yang mengilhamkan kepada dirinya. Syari’at istikharah itu indah, tapi pudar kesannya apabila nafsu itu yang menjadi nakhoda iman.



Kalau dilihat pada kata-kata diawal penulisan saya ini, itu bukanlah kata-kata saya. Tapi kata-kata itu saya simpulkan daripada sebuah kebenaran. Fikirkanlah, perkahwinan itu tuntutan syari’at, akad yang sah itu mengikat perhubungan antara fitrah sebuah cinta. Namun, mengapa perlu bercinta diluarnya? Sehingga sanggup mengatakan:


“insyaAllah saya akan berkahwin nanti, buat masa ini biarlah saya bercinta dahulu” – adakah kata-kata ini sudah cukup untuk menyejukkan bahang neraka Allah dan memadamkan nyalaan apinya? 


Jangan kita pesongkan cinta itu dengan salutan syari’at yang diputarbelitkan tali-tali syaitan, kerana hebatnya syaitan itu terserlah, janjinya untuk menyesatkan ummah tidak pernah luntur, kerana semakin hampir Qiamat itu mendekati, semakin kuat janjinya termakbul.


Peganglah syari’at itu dan genggamlah seerat-eratnya! Jadikanlah istikharah itu sebagai pedoman untuk memayungi kesucian cinta dibawah lindungan Allah, dan letakkanlah perkahwinan itu sebagai garis mula perjalanan sebuah kemesraan cinta yang hakiki dan abadi. 


Hati saya tersentuh, bila saya membaca sepotong doa, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Jabir r.a:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa pilihan ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagiku dan berkatilah aku di dalam pilihan ini. Namun jika Engkau tahu bahwa pilihan ini buruk untukku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan pilihan itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan redhailah aku dengan kebaikan itu". 
Saya termenung memahami doa ini. Mana tidaknya, sepotong doa ini begitu sempurna untuk menjelaskan ayat Allah, sebuah ayat al-Quran yang sentiasa menemani jalan cinta ini:
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, sedangkan berperang itu sesuatu yang kamu benci. Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak"

Sunday, October 30, 2011

Wanita wanita mukminat LEBIH CANTIK daripada Bidadari Syurga


Secantik apa pun para bidadari ini , namun wanita-wanita Mukminat jauh lebih
cantik daripada mereka . iaitu orang yang membasuh mukanya setiap hari
dengan wuduk , melaksanakan solah dan taat akan suaminya demi mencapai
keredhaan Allah S.W.T

Berkenaan dengan perkara ini , Allah S.W.T berfirman yang bermaksud " Sesungguh
nya kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru . dan kami kembali
menjadikan mereka gadis gadis perawan " ( Surah Al-Waqiah 56:35-36).

Menurut beberapa orang ahli tafsir , antara lain Abu Hassan Al-Mawardi , ayat ini
berbicara tentang wanita -wanita Mukminat di dunia . Allah mengembalikan
mereka menjadi gadis gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek
yang tua dan lemah . Mereka akan di bangkitkan kembali sebagai wanita wanita
yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami-suami mereka di dunia.

Berkaitan dengan ini , teringat kisah Ummu Al-Darda ' ( nama asalnya Hujaimah
Al-Himyariah ) . Beliau ialah isteri Abu Al Darda ' , seorang sahabat Nabi s.a.w yang
hidup di Syam . meskipun jarak usia mereka agak jauh , dimana Abu Al-Darda lebih
tua beberapa puluh tahun daripadanya , namun mereka adalah pasangan yang
sangat bahagia .

Suatu hari Ummu Al-Darda berdoa dihadapan suaminya , " Ya Allah , sesungguhnya
Abu Al-Darda meminangku di dunia , lalu aku menikahinya . maka sekarang aku
meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga .

Mendengar ucapan ini , Abu Al-Darda berkata " Jika engaku ingin menjadi isteriku
di syurga , janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia ."

Ummu Al-Darda ini seorang wanita yang cantik dan cergas . maka setelah
Abu Al-Darda wafat , Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufian datang untuk meminang
nya . namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan
tersebut .

Sumber : Solusi 24 pg 104 .

Saturday, September 10, 2011

the best planner

Bismillahirrahmanirrahim.


Its Saturday,4th day since I arrived in Rochester. Pretty big changes in almost everything I supposed! ;)


First time being homesick. First time its hard to say goodbye to my parents and adek2.


Jetlag syndrome plus acting-up throat I have to deal with.


The subjects are getting harder of course. In need of lots of focus and determination.


I'm loving almost all of them. Amazing things to explore with professors (yg semangat2) -.-


Two days back then I was having mixed-up-feeling about one thing and in serious consideration to grad next year.


Now I got my spirit and strongly believe Allah have the best plan for me.


may plan it that way ; grad early, pursue master study, get a decent job,  and get married.


whichever come first after the graduation I guess.


BUT


do not forget to write those plans with pencil;


give the eraser to Al Khalid;


for He's the one to know everything in the entire universe;


Allah could erase one of the thing on our list;


replace it with another;


or simply hold one back until the perfect time.


One guy getting married is not the end of the world for another girl.


..Dan Allah sebaik-baik perancang” (Qur’an, 3:54)

Sunday, August 28, 2011

angka popular Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Di awal Ramadhan, teringat lagi kata-kataku kepada ayah.

''Kenapa masjid kampung kita tak buat terawih 8 ja?Kenapa 20 rakaat? Kan elok kalau buat terawih 8 rakaat lepas tu buat tazkirah atau tadarus..''

''kita kan dh biasa mcm tu…masjid kampung,''

''tapi Rasulullah kan buat 8 ja? 20 tu para sahabat yang tambah….''

''………''

Malam esoknya;

''kak, Rasulullah buat 8 rakaat pun, baginda baca berapa banyak surah…mungkin 1/3 Al-Quran…''

*senyap*

''kita Cuma berusaha sehabis baik,selagi ada kudrat, tak sampai kepada kualiti solat Rasulullah SAW''

*tersentap*
*bunyi cengkerik*

                                             ************************

Aku mencari gali maklumat cuba mengimbau terawih cara Rasulullah.

Istilah terawih terkenal di zaman para salaf yang turut disebut sebagai qiyam Ramadhan.

Pada zaman Rasulullah SAW, solat terawih adalah antara solat-solat sunat yang ditunaikan bersama solat sunat Witir, Tahajud atau Qiamullail.

''Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat. Apabila kamu hendak berhenti, solatlah satu rakaat ganjil untuk menutupnya.'' (Hadis Riwayat al-Bukhari)

1)      Solat-solat malam dianjurkan oleh Rasulullah dan para sahabat supaya dilaksanakan secara berjemaah.

Dalam Shahih muslim, Hudzaifah B al-Yaman menyatakan Rasulullah pernah membaca surah solat malam dengan membaca surah al-Baqarah, Ali 'Imran, dan an-Nisaa' dalam satu rakaat yang panjang. Baginda membaca dengan penuh tartil, iaitu perlahan-lahan dan ayat demi ayat.

Solat sunat terawih kemudian dihentikan sebab Rasulullah risau terwaih akan diwajibkan ke atas umat Islam.

Dari 'Aisyah r.a ''Bahawasanya pada suatu malam Rasulullah SAW melaksanakan solat di masjid. Kemudian orang ramai pun mengikuti solat beliau. Pada malam berikutnya beliau kembali melaksanakan solat di masjid dan orang yang mengikutinya pun bertambah banyak. Pada malam ketiga atau keempat, orang ramai telah berkumpul tetapi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak keluar untuk solat bersama-sama mereka. Ketika pagi beliau tampil menjelaskan, ''Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu lakukan tadi malam dan tidak ada yang menghalang aku untuk keluar solat bersama-sama kamu melainkan kerana aku bimbang jika solat tersebut akan diwajibkan ke atas kamu'' (Aisyah menyambung) Kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan.''
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Terawih kembali dilaksanakan secara berjemaah pada pemerintahan 'Umar al-Khatab r.a. Itupun lepas semua sebab kerisauan yang disebut Rasulullah beransur hilang.

Khalifah 'Umar memerintahkan solat sunat 8 rakaat, tapi dengan bacaan ayat-ayat yang panjang. Selesai pun bila hampir masuk waktu Subuh.

Bayangkan betapa panjang solat mereka. Itu umat Islam di zaman pemerintahan Umar.
Kita? (kan dh cakap tak sama kualiti..)  ;)

'Aisyah radhiyallahu 'anha menjelaskan ''Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sama ada di bulan Ramadhan mahu pun di bulan-bulan selainnya, beliau tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat.'' (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jadi, untuk yang ingin mencontohi Rasulullah, Rasulullah SAW berterawih tidak lebih dari sebelas rakaat dengan berdiri yang panjang.

Khalifah 'Utsman B 'Affan pernah mengkhatamkan al-Quran dalam satu malam dengan 1 rakaat witir tanpa diiringi solat-solat malam.

2)      Sunnah kedua : fadilat solat bersama imam.

Rasulullah SAW bersabda, ''Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama-sama imam sehingga selesai, akan ditulis baginya ganjaran solat satu malam penuh.'' (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Jadi, eloklah kita solat bersama-sama imam sampai selesai, tidak kira berapa bilangan rakaatnya.
Ramadhan kan datang setahun sekali. Jangan berkira sangat wahai sang hamba.

3)      Rasulullah SAW juga solat dengan para sahabat qiyam di malam-malam Ramadhan tanpa ada selawat-selawat atau doa-doa khusus. Cuma doa qunut di akhir rakaat Witir.

Banyak pula yang ditambah-tambah oleh umat Islam sekarang. Contohnya selawat kepada Khalifah Ar-Rasyidin,Abu Bakar, 'Umar, 'Usman dan 'Ali. Macam di masjid kampung saya. Tapi imam veteran je macam tu. Biasalah, ulama tua dan ulama muda banyak berbeza pendapat. Moga-moga generasi kita dalam mengamalkan solat sunat Terawih ikut cara Rasulullah.

                                                         *****************

Ramadhan 29,1432 Hijriyah.

Alhamdulillah, aku banyak belajar dari Ramadhan kali ini. Ramadhan datang sebagai tarbiyah, moga dapat istiqamah dalam memantapkan amalan-amalan wajib dan menambahbaik amalan-amalan sunat.

Terawih 8 atau 20 rakaat bukan satu dilemma.

Cuma dicetuskan oleh nafsu melebihi percaturan akal dan iman.

20+3 bukan lama sangat. Alah bias tegal biasa. Nenek yang bongkok kt masjid tu gigih je habiskan solat berjemaah. Para rijal yang banyak mengalah. Tak apa, bersangka baik. Depa keja awal esok tu.

Plus, bukan 30 malam penuh pun kan.

Ramadhan, tiba masa engkau pergi.

Tapi,jangan bawa bersama segala ruh Ramadhan dalam diriku ;)

 p/s : jom berdoa moga amalan kita sepanjang Ramadhan almubarak diterima Allah. ameen~