Monday, February 20, 2012

Reviving

Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillah selesai pun sudah program yang dirancang berbulan-bulan lamanya.
Program ALIF BA TA 2012.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana majlis berjalan sedikit sebanyak seperti yang dirancang.
Walau ada tiupan angin kencang yang membuat kapal kita beralih arah sedikit, 
mengetahui kita sebagai nakhoda kapal boleh saja memperbetulkan kembali haja tuju untuk sampai ke destinasi yang dikehendaki.


Sepatutnya saya ada due date 7 essays dan 7 dialogue Arabic at 12 semalam.
Tapi masalahnya saya telah 'pengsan' sampai pukul5 pagi tadi -_-
Ada dua tiga essays yang perlu ditulis selepas kami menonton movie di dalam kelas.
Ada juga yang mengambil masa 2 kali sesi kelas untuk ditonton sampai habis.
PART 1 pada minggu pertama dan PART 2 pada minggu depannya.


Ada satu movie yang saya hanya tonton bahagian keduanya  kerana tidak berkesempatan menonton bahagian pertama movie tersebut.
Dan begitulah sebaliknya.
Jadi, saya hanya melihat 'movie review' yang dibuat oleh professional movie critics di internet dan juga komentar para audience.
Lihat pada kecondongan kita bagaimana mahu mentafsirkan intipati movie tersebut.
Adakah pada aktornya, pada jalan ceritanya, pada konflik atau klimaks, mesej yang ingin disampaikan,dari segi teknikaliti atau pada teknik pengarahan. 
Jadi saya kira komentar dari professional yang bersesuaian dengan kehendak saya pilih sebagai rujukan untuk menulis essay mengenai movie tersebut.


Disebabkan saya tidak menonton dan mengalami sendiri keseluruhan movie tersebut,jadi kurang kredibiliti saya untuk membuat komentar.


Sama juga dengan program yang baru selesai berlansung, jika saya tidak terlibat secara lansung secara penuh sepanjang program dijalankan, saya tidak dapat membuat komentar sesuai.
Saya tidak dapat melihat usaha pihak penganjur untuk memperbetul kembali perkara yang tidak dapat dikawal pada sesetengah sesi pada kebanyakan masa.


Alhamdulillah syukur bila mendapat nasihat dari 'figura' seorang ayah.


Moga output daripada program tersebut dapatlah diterjemah ke dalam kata-kata dan tindakan kita selepas ini.  Moga bermanfaat kepada diri sendiri dan ummah. Kenal 'value' kita, kenal SEJARAH ISLA M  dan bergerak sekarang untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Bukan tunggu dia atau mereka yang melakukannya, tapi saya. Ya, SAYA yang perlukan 'revive'. (Reviving Islamic SPIRIT!!!) :)

p/s: okay,terasa nak balik malaysia dan kembali ke sekolah untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang seberapa kepada adik-adik pelajar dan mula merancang bagaimana untuk lebih menyumbang kepada generasi muda Islam. Enroll cepat-cepat. Satu tenaga kerja (dari saya) telah dibazirkan selama ini, untuk turut sama menyumbang kepada anak-anak melayu muslim. Mungkin dengan pertambahan satu tenaga kerja ini, objektif  yang ingin dicapai sedikit lebih dekat dengan matlamat asal. Siapa tahu. Berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi intelektual dan pendakwah membantu menggerakkan generasi AL-QURAN dalam organisasi NGO. (Dengan syarat kena elakkan terjerumus dalam politik partisan tapi eh eh 
macam dah termasuk je -.- tak boleh jadi ni ).


p/p/s : Astaghfirullah. Banyak salah silap. Banyak yang terlepas pandang. Banyak yang tidak dijaga. Ya Allah, hiasilah diriku dengan akhlak-akhlak mulia sebagaimana yang mereka puji padaku tapi sebenarnya tidak ada padaku. Jauhilah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri tapi mereka tidak mengetahui. 


erk p/p/s/s?? Yosh! Perlu terus kuat bersemangat. Dah nak habis winter quarter. Final week menjelma. Don't disturb or distract. :p



Sunday, February 12, 2012

Syria will be free InsyaAllah.

first, watch this



*I tried to read Arabic lines first and figure out their meaning..but still some are like jigsaw puzzle*


And I know some people don't have much idea about it


Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)


Pada saya, personally,MEREKA TAK PERLUKAN SIMPATI KITA
TAPI MEREKA PERLUKAN DOA KITA 

SEMANGAT YANG MENYATUKAN ATAS NAMA ISLAM
SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR! KEMENANGAN AKAN BERSAMAMU SYRIA 




*jangan menitis air mata saja, kena doa kuat-kuat (maksudnya sungguh-sungguh)*


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
Apabila telah dtg pertolongan Allah dan kemenangan,
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dgn berbondong-bondong,
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.


p/s nasiblah anak-anak buah saya terpaksa redah ribut salji pergi usrah. Tak apa, apa la sangat kalau nak dibanding jerit payah penderitaan saudara kita di Syria. Syria will be free InsyaAllah.

Tuesday, February 7, 2012

Food for Thought

food for thought. :)



I think I need a slap on the face. Always give my sympathy eyes to disable people.
Having disability is not making them lesser than us.

What do you see in this 59 sec video? I will leave the rest for you ;D

Monday, February 6, 2012

jom jadi umat hebat! :)

10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat lagi berjaya :


(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Petikan : 10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


video chomel ^_^

Friday, February 3, 2012

kenapa almathurat?

pagi yang indah itu,
dialun bacaan suci AlQuran
disambut pula dengan alunan zikir Al mathurat
dan antara kelebihan himpunan AlSyahid Imam Hassan AlBanna ini
membuat masa terasa panjang
itu dalam bahasa mudahnya
dan serius
memang terasa panjang dan produktif
serius tak tipu ^_^

manusia lahir di atas dunia ini dengan fitrah
manusia juga punya nafsu dan keinginan
tapi
Allah telah membimbing manusia
dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya
sehingga godaan syaitan dapat dihadapi
dengan jiwa yang taqwa dan hati yang bersih :)

tidak semua jiwa yang mendapat hidayah dan bimbingan Allah
dan tidak semua jiwa mengetahui
cara yang terbaik dalam mendekatkan diri
dengan yang maha Agung.
Sehingga..
ramai yang tersesat ke lembah kebodohan
dan kenistaan hidup yang berpanjangan.
Sesungguhnya keteguhan jiwa itu
dapat dicapai dengan 
aqidah yang kukuh
solat
zikir
doa
istighfar
ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah

Beramallah mengikut contoh kekasih kita
Rasulullah SAW
Orang-orang mukmin akan mengisi masa
dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah
Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir
membesarkan dan mengagungkan Yang maha mulia.
Tiada yang lebih bererti
dalam kehidupan kita
melainkan
mendapatkan keredhaan Allah SWT

Allah berfirman maksudnya:
''maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan 
dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai menengerjakan solat''
(Qaaf: 39-40)

Berdasarkan firman Allah ini
setiap individu baik pemimpin dalam rumahtangga,
masyarakat dan negara serta para pendakwah
hendaklah mengamalakn dan menghayati zikir almathurat.
dengan ini, kita dapat menbentengi diri kita dengan senjata yang kukuh, 
sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
*doa kan senjata orang mukmin? :) *

AlSyahid Imam Hassan AlBanna telah membina jalan yang baik
untuk kita mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Beliau memilih dan menyusun almathurat
dengan harapan Allah bimbing kita
terhindar dari gangguan syaitan

banyak sangat kelebihan bacaan almathurat
antaranya :

Dari Annas r.a Rasulullah
''Siapa yang mengucapkan di waktu pagi ucapan :
au'zubillah hissami' ul a'lim minasshaitho nirrajim
(Aku berlindung dengan Allah yang maha mendengar
 lagi maha mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk)

''maka ia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang''
(riwayat Ibn Al Sunni)

Bacaan AlFatihah merupakan bacaan yang agung.
Pahala yang besar kalau membaca dan menghayatinya

Rasulullah bersabda maksudnya:
''Demi AlQuran yang nyawaku di tanganNya belum ada surah 
yang diturunkan di dalam Taurat,Injil, Zabur atau Furqan
yang menandinginya.
Dialah tujuh mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku''

Juga,
Dar Ibnu mas'ud, Rasulullah SAW bersabda,
''Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah alBaqarah di awal siang
nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,
jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.
Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.''
(Riwayat Al-Darami dan Baihaqi)

macam mana dengan bacaan ayat kursi pula?
Dar Ibnu mas'ud, Rasulullah SAW bersabda,
''Sesiapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah AlBaqarah,
ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah AlBaqarah
nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.''
(Riwayat Tabrani dan Hakim)

Kalaulah kita tahu betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa kita,
mesti kita dah hayati dan amalkan almathurat dalam kehidupan sehari-hari.
Semoga kita terus dapat keredhaan Allah dalam mencari kebenaran di muka bumi ini.

Saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah :D
*post-effect 'Hafalan Solat Delisa' movie*


p/s jom struggle solat subuh awal waktu dan baca almathurat :D
kalau tak,ruugiii..


نور نبيهة هاشم,
11 Rabi'ul Awal 1433Hijriyah.

Kekasih kita


The way the Muslim can show their love for Prophet Muhammad, sAllahu 3alayhi wa salam, is by learning the correct tawheed and spreading it once it is acquired. We must revive the excellence that we should have in our behavior. We must remember Allah when we speak or act. We should attempt to embody the characteristics of the Prophet within our ownselfs, within our own hearts. Our hearts should cling and flee towards the Prophet, sAllahu 3alahyi wa salam. 



He whose name is a remedy, Whose remembrance is a cure.


Send blessings on Muhammad and on the children of Muhammad. 



--------------------------------


Muhammad I wish I were beside you my dear
I can't describe the Pain the Hurt I feel
I know I will try 
Year after Year
To be by your side 
Where I will be healed
I lost my smile in a sad stream of tears 
Apart so many miles my love remains sincere
As the days go by I weep in fear to think that I could die 
And never be near 
I lost my smile in a sad stream of tears 
Apart so many miles my love remains sincere
Muhammad I wish I were beside you my dear
I can't describe the Pain the Hurt I feel
Muhammad I wish I were beside you my dear
I can't describe the Pain the Hurt I feel
The Pain the Hurt I feel


the most beautiful thing I have encountered today :)







نور نبيهة هاشم,
11 Rabiu'l Awal 1433Hijriyah.

Thursday, February 2, 2012

rizqi dan dzikir

Dan siapa kata kita tak boleh berubah menjadi yang lebih baik? Alhamdulillah.


moga rezeki ini dapat menjadi tautan ke arah kebaikan insyaAllah
moga rezeki membuat ku lebih bermanfaat kepada diri sendiri
dan saudara-saudara sekelilingku
moga rezeki ini membawa ke arah jalanNya

To be honest,
I was not even dreaming on getting a US license,
I was a coward,
Afraid of taking chances
and risky things

But,
I just faking my confidence 
until I have one!

Thanks to supportive friends,
Even a year ago,
They didn't let me drive during winter roadtrip,
''Kami sanggup tido tepi jalan'' katanya
:D

Well, if it wasn't for that 'kritikan membina'
I wouldn't get a license now..

Thanks to tok guru yang tak pernah putus asa on me jugak.

I am a person,
who always try to see good things despite of intense environment
who always try to see beauty in not-so-great situation
who always to try to see how blessed I am
who always try to see 'how the bad thing could have gotten WORSE'
kunci : sabar dan syukur

Sabar bila diuji,
Syukur kerana diuji,
Sabar bila tidak mendapat yang diingini,
Syukur dengan apa yang telah dimiliki.

Coretan Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni
dalam La Tahzan : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Sesungguhnya aku melihat
melalui pengalaman masa-masa lalu 
bahawa kesabaran  itu 
mempunyai kesudahan yang terpuji

''Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa
 dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata
 dan ingatlah Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsanya)
lagi Yang maha Terpuji''
(Asy-Syura :28)

Apabila kecintaanmu benar 
maka semuanya akan terasa mudah
dan semuanya yang ada di atas tanah
akan pulang menjadi tanah lagi

Bersabarlah bila bencana datang menimpa
nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan  keluarnya

Cuba waktu selepas solat subuh,
duduk dengan khusyuk
dan menghadap diri ke kiblat 5-10 minit,
bacalah zikir (cth hmpunan doa/zikir Almathurat)
dan berdoa.
mintalah kepada Allah hari yang indah,
hari yang baik dan penuh berkat,
hari yang bahagia,
berisi kejayaan. kesolehan dan keuntungan.
mintalah padaNya hari tanpa bahaya,krisis dan masalah.
Dan hari yang rezekinya melimpah,
kebaikan banyak,
perlindungan yang luas.
Hari yang tiada mendung,tiada kesusahan
dan kesedihan.

Dari Allah kebahagiaan dipinta. 
Dari Allahlah rezeki diharapkan.
Dari Allahlah kebaikan diharapkan.

Jangan hiraukan sesuatu yang kita tak mampu selesaikan dengan kudrat terhad,
tapi,
curahkanlah waktu kita dengan berusaha perbaiki segala sesuatu yang mampu diperbaiki.

 kelebihan solat sunat dhuha : pengampunan, ketenangan hidup dan murah rezeki.
*jodoh yang baik tu pn rezeki ye dok?*
jadi kena la doa.

kalau dulu, skema jawapan spm: mendapat ketenangan hidup terasa idealistik
tapi sekarang sgt penting ohh, resah gelisah xbest.
meh doa kita dpt ketenangan dalam hidup sehari-hari :)

ini doa yang sangattttt cantik
sangattt indah
hayyabinanukminsaah
hafal yok!





نور نبيهة هاشم,
10 Rabi'ul Awal 1433Hijriyah.