p/s bittaufiq wannajah kawan-kawan.
teringat satu coretan.
Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya 'Madarij as-Salikin' bahawa setiap waktu mempunyai ibadatnya yang tersendiri. Ibnu al-Qayyim berkata:
"Ibadah yang paling baik (afdhal) ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya.''
Ibadah yang terbaik ketika berwukuf di ‘Arafah ialah bersungguh-sungguh untuk tunduk khusyuk, berdoa, juga berzikir, bukannya berpuasa yang boleh melemahkan badan untuk melakukan ibadah-ibadah tadi. Manakala amalan yang afdhal ketika sepuluh hari Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutamanya bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Ibadah yang terbaik ketika pelajar meminta tunjuk ajar dan mengajar orang yang jahil adalah mara dan sibuk dengan mengajar.
Ibadah yang paling afdhal pada setiap waktu dan keadaan ialah mengutamakan untuk mengejar keredhaan Allah pada waktu dan keadaan itu, sentiasa sibuk menunaikan kewajipan waktu, tugas dan tuntutan ketika itu."
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 77-78)
*ibadah itu bukan terhad kepada yang fardhu dan amalan-amalan sunat.jom jadikan belajar kita ini satu ibadah yang bermanfaat keseluruhannya insyaAllah,. niat belajar untuk mendapat redha Allah. ;)
*heads up to Shahadatul Haq next weekend. siap sedia mental fizikal rohani jasmani*
No comments:
Post a Comment