Musafir itu..
Musafir itu menyeksakan..sebahagian dari Azab.
Itu kata Nabi saw..
Saya setuju..
Sebab saya tahu 'seksa'nya itu..
Tambah-tambah atas kenderaan cam dalam gambar ni malaysia-> states, penatnya Allah je yang tahu.
Bila da mula perjalanan, letih semua dikumpul sambil menanti malam tiba..
Disebabkan itu jugalah Islam banyak memberi rukhsah @ keringanan seperti solat jama' dan qasar.
Sebakan esok nak mula bermusafir ke Ohio dan michigan, saya nak berkongsi ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir. Sama-samalah kita cuba mengamalkannya kerana semua mudah sahaja, dan ia memberi nilai tambah dalam urusan safar kita..dalam kata lain, perjalanan kita, penat lelah kita jadi pahala semuanya..InsyaAllah..

- Niat yang baik.Destinasi yang baik. Jalan berjalan tanpa tujuan
- Solat 2 rakaat sunat sebelem keluar bermusafir (solat sunat safar)
- Rasulullah suka bermusafir pada hari Khamis, tak suka hari Jumaat. Elak safar jumaat, sebab nanti terlepas solat jumaat
- Mulakan perjalanan pada waktu malam-perjalanan terasa pendek
- Bawa bek kecil (at least). Rasulullah saw bila musafir baginda bawa satu beg kecil yang diisi siwak (berus gigi), sikat, cermin, celak dan midra ( kayu kecil yang baginda gunakan untuk membetulkan rambutnya.)
- Ucap selamat tinggal. Yang tinggal doakan yang bermusafir agar selamat,sentiasa berada dalam perlindungan Allah
- Orang bermusafir kena banyak berdoa. Rasulullah saw pernah menyuruh Umar Al-Khattab yang hendak bermusafir agar berdoa untuk sahabat-sahabt lain termasuk untuk Rasululah
- Berdoalah untuk keselamatan diri semasa bermusafir. Contoh:
"Bismillah Amantu billah wa Tawakkaltu 'ala Allah" dan doa-doa lain
- Bila bermusafir bersama dalam kumpulan lebih 3 orang, mesti dilantik seorang seorang ketua kumpulan
- Bila perjalanan kita menaik, contoh : kapal terbang sedang berlepas, kereta menaiki bukit, mendaki bukit, hendaklah kita bertakbir -Allahu Akbar berulang2 sepanjang proses tersebut. Bila perjalanan kita menurun pula, contoh : kapal terbang sedang turun untuk mendarat, kereta menuruni bukit hendaklah kita bertasbih -Subhanallah berulang2 sepanjang proses tersebut.
- Rasulullah saw suka mendengar AlHuda'---nyanyian, muzik yang menyenangkan hati-secara tidak langsung perjalanan terasa lebih selesa.
- Dan apabila kita masuk satu negara baru /negeri/ kampung baru, hendaklah kita berdoa-- minta kebaikan kampung itu, ahlinya dan apa-apa yg ada di dalamnya dan minta dijauhkan yang sebaliknya
- Ketika pulang bermusafir, bawalah pulang hadiah/ole-ole kerana hadiah itu mengeratkan hati sesama manusia.
SUMBER: Fattabiouni.com
http://www.youtube.com/watch?v=V7LKbFw-Vn4&feature=youtu.be
http://www.youtube.com/watch?v=V7LKbFw-Vn4&feature=youtu.be
salam,
ReplyDeletek.biha..mohon share? tapi dh share dh.kih.kih
selamat bermusafir ke MSU.semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat pergi dan balik :)
ReplyDelete