Friday, May 7, 2010

hukum solat hajat


artikel ini dipetik dari buku ''Hukum Solat Hajat'' tulisan Ustaz Rasul bin Dahri.

PERTANYAAN:
Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara, apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid'ah?

JAWAPAN:
Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah). Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya. Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) bahawa:
“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [1]
1 Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6.

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah:
“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:”

Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu'.

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:
“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya.”
Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis).
Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa':
1. Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad) bahawa hadis ini termasuk "Matrukul hadis" orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.
2. Berkata Imam Ibnu Ma'in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).
3. Berkatra Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna lemah/perawi lemah).
4. Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis.
5. Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.
6. Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu' (palsu).
7. Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).
8. Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [2]
2 Lihat Mizanul I’tidal. 1/6.

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya. Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah
solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih. Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan melemahkannya ialah:
1. Imam al-Hakim. Lihat Al-Mustadrak 1/320.
2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
3. Imam lbn Majah. Lihat Hadis no. 1348.
4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.

Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis
lemah untuk membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq
dalam kitabnya "Fiqih Sunnah" yang dianggap oleh beliau hadis tersebut
sebagai hadis sahih, tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani
rahimahullah bahawa hadis tersebut terbukti hadis lemah. [3]
3 Lihat penjelasan Al-Albani dalam kitabnya Tamamul Minnah. Hlm. 260.

Hadis yang dimaksudkan ialah:
“Dari Abi ad-Darda' radiallahu 'anhu berkata: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Barang sesiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta)
cepat atau lambat".
Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. [4]
Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudahmudah) dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.

Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuanpersatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjidmasjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam, maka mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-huijah dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid'ah yang tercela iaitu bid'ah dhalalah.

istilah-istilah dlm ilmu hadis;
sanad : rantaian perawi (orang yang menyampaikan hadis)
matan : kandungan hadis
Isnad : rentetan sanad hingga sampai ke matan, sebagai contoh ialah "Dari 
Muhammad 
Ibnu Ibrahim, dari Alqamah ibnu Waqqash, dari Umar Ibnu Khaththab 
bahwa Rasullullah saw pernah bersabda: Sesungguhnya semua amal perbuatan itu 
berdasarkan niat masing masing." Sabda Nabi saw yang mengatakan: "Sesungguhnya
semua amal perbuatan itu berdasarkan niat masing-masing" disebut matan, 
sedangkan diri 
para perawi disebut sanad, dan yang mengisahkan sanad disebut 
isnad.
Musnad : hadits yang isnadnya mulai dari permulaan hingga akhir berhubungan, dan kitab yang menghimpun hadits hadits setiap perawi secara tersendiri,  seperti kitab Musnad Imam Ahmad. Musnid : orang yang meriwayatkan hadits berikut isnadnya.  

p/s: terasa kerdilnya diri ini.tersentak hati.familiar dgn terms2 ilmuhadis tapi masih tidak dapat mengenalpasti hadis dhaif yangmelibatkan amalan yang kerap dilakukan. ini baru hadis dhaif,belum lagi hadis-hadis palsu yang tidak kita kenalpasti.jadi,pesanan buat diri sendiri,teruskan belajar.pembelajaran tak patut berhenti selepas keluar sekolah.it should be a lifetime lessons.insyallah.

3 comments:

  1. Menarik perbincangan ni.

    Tapi, bila teringatkan balik apa yang kita belajar dalam pengajian syari'ah islamiah dulu, bukan ke hadith Dha'if masih lagi boleh diamalkan, "Harus" dalam istilah syara' nya tapi tak boleh dijadikan hujah?

    Yang memang confirm drop-dead tak boleh pakai, hadith maudhu'.

    Satu yang aku tak boleh nak terima, tak boleh nak ngam dengan pembawaan Ustaz Rasul Dahri ni, mudah sangat mem-bid'ah.

    Tuduhan bid'ah satu benda yang berat, bagi aku. Berpandukan hadith Rasulullah,
    "Barangsiapa yang melakukan bid'ah, ia (ibadahnya) tertolak," au kama qaal.
    Dan kalau mengikut apa yang aku terima sepanjang pengajian aku, ahli bid'ah memang confirm masuk neraka, dah amalannya tak diterima. Itu yang menjadikannya berat. Siapa kita nak menghukum orang masuk neraka atau masuk syurga, kan? Siapa kita nak buat tugas Allah, tak gitu?

    Maksud bid'ah tu sendiri dah berbeza-beza, dah banyak khilaf antara ulama tentang apa sebenarnya definisi sebenar bid'ah tu. Ulama' pun ada membahagikan bid'ah ni kepada beberapa bahagian. Ni pun ada perbahasannya. Senang cerita, bukan senang kita nak cop bid'ah.

    Ah, dah melalut dah. Cuma nak sama-sama saling memperingati, dalam menuntut ilmu ni ada disiplinnya. Bagi aku yang ilmu tak setanding mereka yang lebih 'alim macam Ust Rasul Dahri, Ust Asri,Ust Abdullah Tahir, Ust Hasrizal, Ust Maszlee Malik dan yang sama waktu dengannya ni, kena perbanyakkan lagi bahan bacaan, bahan rujukan. Lebih-lebih lagi bila timbul bab-bab yang timbul khilaf ulama' ni. Kita ambil kira jugak pendapat ulama'-ulama' lain. Tak boleh bersikap one-sided. Hadamkan ilmu yang diterima, lepas tu kita buat penilaian sendiri untuk yang mana kita nak ikut.

    Memetik apa yang disebut Ust Hasrizal di Saifulislam.com,

    -”Tidak kisahlah, sama ada manhaj Salafi atau Khalafi, mana yang membawa kamu kepada maksud bertauhid dan Uluhiyyah Allah SWT, pegang sahaja. Asalkan kamu tidak melampau. Melampau dalam mentakwilkan semua kes, atau melampau bermati-matian menolak sepenuhnya takwil”, itu pesan guru-guru di Jordan yang saya masih ingat-

    Personally, bagi aku tak ada masalah kalau nak tunaikan solat hajat. Aku boleh berpegang pada dalil yang sama dengan apa yang diketengahkan Ust Rasul. Sekalipun ianya hadith dha'if, ia tak menghalang aku untuk ber'amal dengannya bukan sepertimana hadith maudhu' yang memang sah-sah tertolak. Itu pendirian aku.

    Kalau berminat, bolehlah baca pasal persoalan bid'ah ni, bukan perbahasanlah tapi lebih kepada commentary berkenaan situasi bid'ah ni oleh Ust Hasrizal:
    Link 1
    sambungannya:
    Link 2

    Bukan aku nak kata Ust Rasul ni salah (siapalah aku senang-senang nak kata ulama silap, ye tak?), tapi tu pegangan aku.

    Biasalah dalam medan ilmu ni, ada yang kita sepakat, ada jugak khilaf. Tapi untuk terlalu kuat sangat berpegang dengan pendapat kita sampai menolak langsung pendapat orang lain sampai akhirnya kita berbalah atas sesuatu yang tak sepatutnya diperbalahkan pun, tak kena jugak. Di akhirnya kita perlu berlapang dada.

    Khilaf itu rahmah, perpecahan itu tercela.

    Banyak pulak berleter kat sini. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. aasalamualaikum,
    thanks for your comment.
    mmg sgt memerlukan feedback yg sebegini.tambahan pula,hidup di perantauan membuatkan kta lbh terdedah kpd pelbagai pendapat dan aliran.

    tersentak jgk smlm bla seorang sahabat ckp bdk skola agma ptt lbh mengetahui hal sebegini.padahal ilmu baru sekelumit cuma.

    ya,hadis dhaif masih boleh diamalkan tapi tidak boleh dijadikan hujah.boleh utk mengajak kpd kebaikan dan menjauhi kemungkaran(ada term tu,lupa = =)

    ok,nak digest perkongsian ust hasrizal ni pula.nak buka minda sket.tq btw.apa-apa yg menarik dan boleh membantu nanti sila kongsi lagi.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam.

    Sekadar perkongsian pendapat. Hasil penaakulan senario dakwah dan muslim di Malaysia ni.

    Ust Rasul ni biasa gak aku dengar dan dia memang terkenal sebagai seorang ulama Salafi dari Singapura. Tak ada masalah dengan peribadinya, berdasarkan komen sahabat aku yang biasa membaca penulisan-penulisan dia, akhlaqnya memang baik.

    Cuma yang menjadi masalahnya, fikrahnya agak keras, extreme kalau aku boleh ungkapkan dengan kata-kata. Apa yang dibawanya tu kadang-kadang not society-friendly. Dan aku melihatnya sebagai sesuatu yang agak tak sihat dalam perkembangan dakwah di Malaysia ni. Perihal benda ni ada diutarakan dalam link pertama entri Ust Hasrizal tu. Bagi orang yang memahami fikrah (pemikiran) dia, tak ada masalah benda ni. Cuma untuk masyarakat umum mungkin agak berat.

    Kalau boleh dikaitkan, aku cuba untuk kaitkan dengan contoh ni. Kalau bagi orang umum, 'ter'lihat aurat wanita mungkin sekali terasa ringan lagi dosanya tapi bagi ulama', contoh biasa Imam Ghazali, yang sekadar ternampak betis seorang wanita sahaja dah terasa berat untuk ditanggung, terganggu ingatannya, ataupun seorang ahli sufi (tak ingat namanya) yang terus beruzlah bertahun-tahun hanya kerana 'ter'lihatkan aurat wanita. Tak pun bandingkan saja dengan para sahabat. Umar (kalau tak silap, kalau silap tolong betulkan), hanya kerana hilang khusyu' dalam solat, terfikirkan barang dagangannya yang belum tiba sedang waktu tu dah tiba waktu solat, terus menginfakkan harta dangangan tu.
    Moral of the stories, bagi kita yang biasa-biasa ni mungkin nampak apa yang mereka buat tu agak extreme tapi tidak bagi mereka, tidak bagi orang sekeliling yang ada pada waktu tu, yang sama wavelength dengan mereka.

    Aku mohon dijauhkan sangat daripada extremism. Risau, bila tengok ada kelompok-kelompok yang sanggup mengkafirkan@menyesatkan ulama'-ulama' yang terkenal kredibilitinya hanya kerana perbezaan pendapat, berbeza fikrah. Itu yang aku cuba elakkan. Boleh tengok LINK NI untuk sedikit pendedahan kumpulan-kumpulan extreme di Malaysia. Yelah, sejauh mana merantau pun, medan dakwah utama kita ialah tanah air kitalah, kan?

    Kalau bagi aku, aku banyak membaca kat sini dan mungkin jugak boleh merujuk kat sini. Kadang-kadang tu ada gak nampak macam satu pihak serang pihak yang lain, tapi aku cubalah untuk baca tulisan dua-dua pihak dan buat penilaian.

    Aku sendiri pun sekarang dalam proses untuk berlapang dada dengan semua fikrah-fikrah yang bertembung dengan pemahaman aku. Berat gak nak buat benda ni. Yelah, kadang-kadang tu ada gak terasa macam diri ni tends towards one side more. Tapi yang penting, aku cuba untuk tak timbulkan perbalahan, cuba untuk bersikap neutral. Semuanya berbalik kepada penilaian diri sendirilah untuk decide which is the best for me bila menerima ilmu-ilmu/hujah-hujah khilaf ni.

    Teruskan menuntut ilmu. Kita sangat memerlukan para du'at yang boleh memandu masyarakat kita di Malaysia ni yang semakin menuju kehancuran.

    Perlu muhasabah balik diri aku. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete