Tazkirah=peringatan
Bahkan syarat mukmin berjaya adalah khusyuk dalam solat sebagaimana yang telah Allah gariskan dalam ayat 1-2 surah Al-Mu'minun yang bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) Mereka yang khusyuk dalam solatnya."
Kita perlu sedar bahawa perintah pensyariatan solat ini bukan semata-mata sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang beriman, bahkan ia adalah satu wasilah untuk menghubungkan hati, jasad dan akal kita directly kepada Allah s.w.t.
Seorang ulama' pernah menyebut : Solat adalah wasilah untuk kita berbual terus dengan Allah s.w.t.
Sebab itulah, solat sepatutnya memberi kekuatan luar biasa pada orang yang melakukannya. Kerana Allah telah sebutkan beberapa ayat dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara kejahatan dan kemungkaran."(Surah Al-Ankabuut, Ayat: 45).
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) Mereka yang khusyuk dalam solatnya."[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]
Tetapi, majoriti masyarakat Islam pada hari ini hilang kekuatan itu. Kekuatan luar biasa daripada solat. Khusyuk adalah salah satu punca utama.
Tapi, bagaimana nak khusyuk dalam solat? Selalunya minda akan melayang-layang...teringat checklist assignment,teringat wishlist barang-barang untuk family waktu nak balik summer.
Saya terjumpa beberapa tips untuk kita khusyuk dalam solat:
TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT
1) Dosa adalah penghalang, mintalah keampunan
Dosa kita selalunya menjadihijab (penghalang) untuk hati kita berhubung dengan Allah. Dosa yang berpunca daripada banyak kelalaian dan kealpaan ini mengakibatkan hati kita yang fitrahnya putih menjadi hitam diselaputi oleh dosa.
Hati menjadi gelap apabila terlalu banyak dosa dilakukan. Hati yang gelap tidak akan dapat melihat cahaya petunjuk daripada Allah s.w.t.
Banyak melakukan dosa juga menyebabkan hati kita keras, hilang kelembutannya dan sensitivitinya. Sensitif dan peka terhadap hal-hal dosa pahala. Hati akan hilang rasa takut terhadap Allah s.w.t., susah hendak mengalirkan air mata kerana banyaknya dosa yang dilakukan.
Oleh sebab itu, kita mesti keluar daripada kepompong dosa ini. Bagaimana caranya?
Mintalah keampunan daripada Allah dan bertaubat.
Taubat dalam erti kata sebenar adalah kembali kepada Allah. Kita tidak akan dapat kembali kepada Allah jika tidak dapat meninggalkan perbuatan yang berdosa. Sebab itulah, setelah memohon ampun daripada Allah, maka kita berazam bersungguh-sungguh untuk meninggalkan dosa itu dan tidak mengulanginya lagi.
2) Kemewahan dan kesenangan yang melalaikan, kurangkanlah
Ramai orang yang boleh bersabar apabila diuji dengan kesusahan, tetapi tidak ramai yang boleh bersabar apabila diuji kesenangan dan harta kekayaan.
Berada dalam kesenangan dan kemewahan mengakibatkan hati kita dilitupi oleh satu lapisan,zon yang kita sebutkan sebagai 'COMFORT ZONE' yang menghijab kita untuk lebih dekat dengan Allah. Zon ini menjadikan seseorang itu manja, hati yang tidak kuat dan tidak sabar bila diuji kesusahan. Hati yang sentiasa berada dalam 'comfort zone' ini susah untuk khusyuk dalam solat. 'comfort zone' ini telah menyebabkan hati kita terlalu selesa dan membuatkan diri kita malas untuk bermujahadah atau bersungguh-sungguh dalam amal ibadah kita.
Tidak salah untuk memiliki kesenangan dan kemewahan kerana itu adalah hak makhluk bernama manusia. Tetapi, perlu diingat, selalu senang akan membataskan hubungan kita dengan Allah. Bila hubungan terbatas, maka sukarlah untuk mendapat kekhusyukan dalam solat.
Gunakanlah kesenangan dan kemewahan sebaiknya di jalan Allah. Maka ia tidak akan melalaikan kita. Malah apabila kita ikhlas memberi sumbangan harta kepada orang yang dalam kesusahan dan memerlukan, hati kita akan terasa lebih lapang dan luas.
Kurangkan keselesaan kita dalam kesenangan dan kemewahan. Barulah lebih mudah hati kita khusyuk dalam solat.
3) Bacaan-bacaan dalam solat, fahamilah
Ada banyak bacaan dalam solat. Ada bacaan ketika rukuk, bacaan ketika sujud, bacaan ketika tahiyat awal dan akhir, bacaan Al-Fatihah, bacaan duduk antara dua sujud dan sebagainya.
Banyak bacaan dalam solat, tapi adakah kita memahami isi kandungan bacaan-bacaan tersebut?
Majoriti di antara kita tidak memahami apa yang dibaca dalam solat.
Sebenarnya bacaan di dalam solat ini banyak mengajar kita untuk menjadi hamba yang tunduk patuh dan menyerah diri kepada Allah. Sebagai contoh, bacaan ketika rukuk: "Maha Suci bagi Allah Yang Maha Agung serta pujian ke atas-Nya"
Jika dibaca dengan akal dan hati, maka akan terserlahlah kuasa daripada bacaan itu. Sebab itulah, orang yang solat dalam keadaan tidak memahami apa yang dibacanya, maka hatinya akan jauh daripada pemusatan fokus dalam solat. Maka bila hilang fokus, hilang juga kekhusyukan dalam solat.
Sebab itu kita boleh dengar dan lihat, ada orang yang menangis ketika solat. Kuasa bacaan itu telah terserap dalam hati mereka menjadikan mereka benar-benar menghayati suasana solat itu.
4) Buatlah persediaan sebelum solat
Solat adalah generator utama kepada iman kita. Sebab itulah pentingnya untuk kita memastikan agar solat ini dilakukan dengan baik. Tiada solat maka runtuhlah iman. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Solat adalah tiang agama"
Pentingnya melakukan persediaan sebelum solat supaya solat mampu terlaksana dengan baik dan kita juga mampu untuk khusyuk dalam melakukannya. Persediaan ini haruslah meliputi semua aspek, baik persediaan daripada aspek akal, hati dan jasad.
Persediaan daripada aspek akal, kita sudah 'set'kan dalam minda kita untuk fokus terhadap solat dan usaha memahami makna bacaan dalam solat.
Persediaan daripada aspek hati, kita beristighfar sebelum solat, minta Allah bersihkan hati kita supaya kita dapat bertemu-Nya dalam keadaan hati yang sejahtera.
Persediaan daripada aspek jasad, kita sudah memenuhi saf pertama, tidak berbual-bual lagi dengan manusia dan solat dalam keadaan badan yang bersih dan wangi.
bolehlah pakat-pakat cuba try test.
nak khusyuk dalam solat jugakk=)
No comments:
Post a Comment