Sunday, January 22, 2012

Letter From Under The Sea


إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
كَي أرحَلَ عَنك..


أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني
كَي أُشفى منك


لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً
ما أحببت


لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً
ما أبحرت..


لو أنِّي أعرفُ خاتمتي
ما كنتُ بَدأت...

petikan sajak dari رسالة من تحت الماء dari Nizar Qabbani,
sengaja tak mau bagi translation,
jiwang sangat. ^^v

Nizar Qabbani antara yang terkenal dalam nukilan syair-syair hebatnya di dunia Arab.
Lebih 34 buah buku syair dihasilkan, ada juga yang diterjemah ke dalam lagu-lagu,
Kelahiran Damascus ini dikenali sebagai poet of love, kerana banyak membicarakan tentang cinta.
Kata ustaz dalam kelas arab, dia mempunyai kelebihan yang tersendiri,
Dapat menyelami hati wanita dan ilham tersebut dijelmakan dalam bait-bait syairnya.
Patutlah beliau dipanggil poet of women.

Hati wanita satu pengembaraan,
Dalam dan misteri.


Biarkan yang berhak memiliki sahaja yang menerokainya.


نور نبيهة هاشم,
29 Safar 1433Hijriyah.

kembali

Assalamualaikum, 

Sedar tak sedar dah sebulan lebih meninggalkan blog ini,
walhal halaman ini yang buat aku bertatih mencari jalan kembali,
walau niat mulanya agak menyimpang,
insyaAllah dapatlah kiranya ku perbetul kembali,
balik mencari Sang Rabbi.

Saat ini,
syukur yang diungkap dapat diterjemah,
sabar yang diperlukan memang lebih dari yang disangka,
tatkala kamu yakin dan percaya akan janjiNya,
tidak semua yang sependapat denganmu,
ya biarkan,
dari aku yang kurang dhabit ini,
Imam Syafie menyebut,
''Perkara yang tidak mungkin dapat dibuat oleh seseorang ialah 
memuaskan hati semua manusia sekelilingnya''. 
Batu-batu kecil yang menjadi penghalang kamu,
Jangan diambil kisah,
Walau rasa sayu,
Kuatkanlah hati,
Dakwah seperti mengupas kulit bawang,
makin banyak lapisan yang dibuka,
makin pedih mata,
lantas menitis air mata.

Kesatlah air mata kamu.
Ingat janji Allah,
tetapkanlah hatimu di jalan ini,
moga kita berusaha menjadi orang-orang yang beruntung,
berusaha menjadi segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar,
maka merekalah orang-orang yang beruntung,
jadilah sebahagian dari golongan itu wahai diri,
catitan dalam Ali Imran, ayat 104 itu peganglah wahai hati.

Tatkala aku resah gelisah,
bait-bait ini ku ulang di fikiran,
Jika Allah menolongmu,
maka tidak ada orang yang dapat mengalahkanmu,
jika Allah tidak memberi pertolongan kepadamu,
siapa lagi yang dapat menolongmu?
Jadi tawakal kita berserah hanya kepada Allah.
terpatri dalam Surah Ali Imran,(3:160)

La Tahzan.

نور نبيهة هاشم,
28 Safar 1433Hijriyah.


Wednesday, December 7, 2011

Video Ohsem APG '11

Hari ni baru saya dengar pasal Pertandingan Video Osem APG '11. (ok soo several weeks ago) pakai line at&t ke yg lmbt sgt neh haha. Pertandingan ohsemstilah dibuat oleh blogger yang ohsem juga. Promo di sini. 


Mula-mula baru figure out yang sahabat saya seorang lagi selepas matlutfi90 terjebak dalam kancah video ohsem. Bermula dengan short film: Tomato kemudian baru perasan video Shahadatul Haq dalam pertandingan ini nukilan dia juga. Syabas Ahmad Zulhilmi Sobri. Pahala mencurah-curah mashaAllah bila sahabat-sahabat di seluruh dunia tengok dan dapat 'take-home message'. ;)


Saya suka video ohsem interaktif menarik. Media tarbiyyah Islamemang perlukan orang-orang ohsem seperti anda semua. Dakwah lebih menarik dan mudah tertarik gitu ;D


Buat si budak kecik Syarifah Noor, anda sangat ohsem. Video udah la comel. Love you lah. Ukhwah fillah.


Nak tengok video-video beyond ohsem?

















;D 



Ikhwah US bila pulak nak buat video?
Tak terasa tercabar dengan akhwat US ;) quoted

ok,bru perasan 'osem' bukan ohsem. tapi saya suka ohsem. oh well ;)

Tuesday, December 6, 2011

qalbi nadak : luahan umat akhir zaman



Saya dan anda umat akhir zaman. Kebanyakan luahan mereka, ''kenapa sibuk mengingatkan aku? Ingat aku ni tak tau pasal agama? Diri kau dah sempurna?'' 

maaf, pahit untuk ditelan tapi ini realiti. 

walhal dalam kehidupan seharian kita pun, bukankah ada reminder? Cuba check cell phone or PDA, ada reminder berkaitan appointment kita, due date, exams and important dates. Sebab kita tahu, kita tak mampu untuk ingat semua. Saya juga seorang yang mudah lupa.

Tapi kenapa kita hairan apabila ada kata-kata yang mengajak kepada kebaikan baik di sekeliling atau di laman sosial facebook,twitter dan blog? seorang insan ini menyebut, kenapa peringatan perlu disebarkan, kenapa doa-doa terpampang di newsfeed atau timeline anda, kenapa tidak dirahsiakan, biar jadi rahsia antara hamba dan AlKhalid? Kenapa,kenapa dan kenapa?..

Kalaulah kita tahu,

Yang matlamat hidup kita untuk beribadah kepada Allah semata-mata, dengan pelbagai cara,
Yang kita bertanggungjwab menyebarkan risalah Islam di muka bumi,
Yang di akhirat kelak, kita akan disoal, apa yang telah kamu perbuat di dunia?
Yang di akhirat kelak, kita akan disoal, apakah kamu saling ingat-mengingati?
Yang kita menjadi Khalifah Allah di atas bumi, untuk bekal menuju akhirat. Karena kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Firman-Nya:-Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.(Ali Imran: 104)


Dalam ayat lain disebutkan "Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS. Ali Imran: 110). Ada juga dalam QS. At Taubah: 71, Al Hajj: 41, Al-A'raf: 165, Al Maidah: 78-79 serta masih banyak lagi dalam surah yang lain.

Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya perpecahan ialah tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar: Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah sepertimana Allah telah melaknati mereka itu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy)




Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.

Imam Hasan al-Basri

Tuesday, November 22, 2011

safara almubarak ;)


Musafir itu..

Musafir itu menyeksakan..sebahagian dari Azab.
Itu kata Nabi saw..
Saya setuju..
Sebab saya tahu 'seksa'nya itu..
Tambah-tambah atas kenderaan cam dalam gambar ni malaysia-> states, penatnya Allah je yang tahu.
Bila da mula perjalanan, letih semua dikumpul sambil menanti malam tiba..
Disebabkan itu jugalah Islam banyak memberi rukhsah @ keringanan seperti solat jama' dan qasar.
Sebakan esok nak mula bermusafir ke Ohio dan michigan, saya nak berkongsi ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir. Sama-samalah kita cuba mengamalkannya kerana semua mudah sahaja, dan ia memberi nilai tambah dalam urusan safar kita..dalam kata lain, perjalanan kita, penat lelah kita jadi pahala semuanya..InsyaAllah..
ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir.

  1. Niat yang baik.Destinasi yang baik. Jalan berjalan tanpa tujuan
  2. Solat 2 rakaat sunat sebelem keluar bermusafir (solat sunat safar)
  3. Rasulullah suka bermusafir pada hari Khamis, tak suka hari Jumaat. Elak safar jumaat, sebab nanti terlepas solat jumaat
  4. Mulakan perjalanan pada waktu malam-perjalanan terasa pendek
  5. Bawa bek kecil (at least). Rasulullah saw bila musafir baginda bawa satu beg kecil yang diisi siwak (berus gigi), sikat, cermin, celak dan midra ( kayu kecil yang baginda gunakan untuk membetulkan rambutnya.)
  6. Ucap selamat tinggal. Yang tinggal doakan yang bermusafir agar selamat,sentiasa berada dalam perlindungan Allah
  7. Orang bermusafir kena banyak berdoa. Rasulullah saw pernah menyuruh Umar Al-Khattab yang hendak bermusafir agar berdoa untuk sahabat-sahabt lain termasuk untuk Rasululah
  8. Berdoalah untuk keselamatan diri semasa bermusafir. Contoh:
    "Bismillah Amantu billah wa Tawakkaltu 'ala Allah" dan doa-doa lain
  9. Bila bermusafir bersama dalam kumpulan lebih 3 orang, mesti dilantik seorang seorang ketua kumpulan
  10. Bila perjalanan kita menaik, contoh : kapal terbang sedang berlepas, kereta menaiki bukit, mendaki bukit, hendaklah kita bertakbir -Allahu Akbar berulang2 sepanjang proses tersebut. Bila perjalanan kita menurun pula, contoh : kapal terbang sedang turun untuk mendarat, kereta menuruni bukit hendaklah kita bertasbih -Subhanallah berulang2 sepanjang proses tersebut.
  11. Rasulullah saw suka mendengar AlHuda'---nyanyian, muzik yang menyenangkan hati-secara tidak langsung perjalanan terasa lebih selesa.
  12. Dan apabila kita masuk satu negara baru /negeri/ kampung baru, hendaklah kita berdoa-- minta kebaikan kampung itu, ahlinya dan apa-apa yg ada di dalamnya dan minta dijauhkan yang sebaliknya
  13. Ketika pulang bermusafir, bawalah pulang hadiah/ole-ole kerana hadiah itu mengeratkan hati sesama manusia.

Thursday, November 17, 2011

charging your iman

Setiap patah perkataan di dalamnya, mempunyai pelbagai makna yang memberi inspirasi. Setiap baris ayat yang tertera, ada amaran dan peringatan yang mampu menggetarkan jiwa seorang hamba hina. Setiap helaian al-Quran, tersirat kisah-kisah yang mampu menitiskan air mata. Al-Quran. Kitab yang mengandungi kalamullah, yang menjadi penguat saat diri rebah :)
 
“And He found you lost, and guided [you]” [Surah ad-Dhuhaa:7]
 
p/s Allah does not want us to be the best, but He want us to do the best,and for sure, let Him do for the rest.

Friday, November 11, 2011

Usbu' al-Imtihan








p/s bittaufiq wannajah kawan-kawan. 

teringat satu coretan.

Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya 'Madarij as-Salikin' bahawa setiap waktu mempunyai ibadatnya yang tersendiri. Ibnu al-Qayyim berkata:
"Ibadah yang paling baik (afdhal) ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya.''

Ibadah yang terbaik ketika berwukuf di ‘Arafah ialah bersungguh-sungguh untuk tunduk khusyuk, berdoa, juga berzikir, bukannya berpuasa yang boleh melemahkan badan untuk melakukan ibadah-ibadah tadi. Manakala amalan yang afdhal ketika sepuluh hari Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutamanya bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Ibadah yang terbaik ketika pelajar meminta tunjuk ajar dan mengajar orang yang jahil adalah mara dan sibuk dengan mengajar.

Ibadah yang paling afdhal pada setiap waktu dan keadaan ialah mengutamakan untuk mengejar keredhaan Allah pada waktu dan keadaan itu, sentiasa sibuk menunaikan kewajipan waktu, tugas dan tuntutan ketika itu."


Firman Allah Taala yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 77-78)

*ibadah itu bukan terhad kepada yang fardhu dan amalan-amalan sunat.jom jadikan belajar kita ini satu ibadah yang bermanfaat keseluruhannya insyaAllah,. niat belajar untuk mendapat redha Allah.  ;)

*heads up to Shahadatul Haq next weekend. siap sedia mental fizikal rohani jasmani*