Tuesday, March 29, 2011

do you care to donate 1 dollar?




sahabat saya perlukan sumbangan material dan doa KITA semua=).

maklumat lbh lnjut :


''salam..kawan2..kmaren aku pi mlwt shahir.alhamdulillah..ni gambq aku ngn dia.dia leh gelak lg bila aku dok buat lwk.siap boleh angkat tgn wat peace lg.hehe.dia nmpak kuat..semangat dia pon kuat..aku ada pesan kat dia jgn putus asa.n dia ckp dia xkan putus asa..tp tatau la kan,acmna prasaan dia kat dlm.dia redha ngn sakit dia.tapi dia nak berjuang tuk trus sehat.dia rindu kwn2 smua.dia kirim slm kat kita semua.n ckp tma kasih..perkembangan stakat ni,bahagian kiri badan shahir lumpuh,juz dok tas katil tu jala..bahagian kpla y operte tu bengkak.mata pon dh boleh bukak.aku ckp ngn mak dia.doc ckp jenis cancer y shahir ni jns y agresif..wlupon dah dua kali bedah buang ktumbuhan tu,tapi still ada lagi y xleh buang,so doc nak laser y kecik2 tu..cumanya y kesian sbb mak ayah shahir gilir2 jaga dia.ulang alik dari kedah tiap2 minggu.femly pon xleh mai mlwt,sbb jauh.mak shahir baru baik breast cancer,ayah dia ada asma.xdak org len dah y leh jaga,mak ayah dia ja..sedih kot bila tngok mak dia dah tua2 jaga anak muda lagi,.bantuan kewangan xdapat lg..so dah bnyak duit hbs mak ayah dia dok ulang alik kedah klntan.kalau kita leh bagi duit sorang spluh ringgit pon aku rasa ok gak.bleh la tolong kaver duit tiket mak ayah dia..pastukan,.bila aku ckp ,kwn2 smua kirim slm kat shahir,smua syg shahir,semua dok doa bg shahir cpt sehat ,so shahir kena kuat,,mak dia ckp alhamdulillah..syukur shahir ramai kwn hat dok doa ..mak dia hrp kita semua xputus2 doakan shahir,n trus bagi semangat kat dia..time nak balik tuh aku peluk mak dia,mak dia nangis,ya Allah,,sebak gila..so,tu jala y aku leh kongsi sket2..n aku hrp bleh la ada sapa2 urus bab nak bg sumbangan duit sikit kat femly shahir.\sbb dia bknla org senang,mak ayah dia xgheja pon.at least lehla kita tolong sikit2 kan..pastu sapa y free pi la mlwt dia..bagi dia syok sikit..hehe..okess..tu ja =)'' (Madihah Mohd Fakhirudin,2011)


he's an active student,used to be Oraetor's league (school debate team) and PRS. too bad to see him laying semi-paralyzed now.suffering from brain tumor.

if anyone with paypal account want to donate, feel free to send it to fhyna_1910@yahoo.com 
walaupun xkenal ke,xsalah kn membantu? even 1dollar would not hurt much. anggaplah ianya salah satu sumbangan ikhlas untuk yang memerlukan.terima kasih kpd tgn yg menghulur,hanya Allah dpt mmbalas kemurnian hati kalian=)

reason2 untuk menyumbang:
1) sedekah jariah
2) setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. mgkin semua nmpk keadaan dia kritikal tp there's always hope.
3) a dollar equal to RM3.02 . currency berganda
4) syg penulis blog

Saturday, March 26, 2011

Adam dan Hawa

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

p/s: looking for these : 'Men Are From Mars,Women Are From Venus'  and 'The Lies About Muhammad'. Did any girlfriend with cash purchased it for me tonight?

Thursday, March 17, 2011

=l

disebabkan saya tak boleh nak marah kt orang, saya cuma rasa penat.

i cant get angry. and i'm sick of it? shouldn't it be a good thing?

hint: i'm talking about inability to get angry here

Monday, March 14, 2011

Ibrah from ISK

Assalamualaikum~


A little late to write about this program but I still wanna scribble something about it.
It was held here in RIT on February 26th and 27th. ISK stands for 'Inilah Sejarah Kita'.


My honest expectation before the program:
I never attend such program before but I know that its gonna reveal the Islamic Empire history and 'kita' refers to umat Nabi Muhammad SAW. I did expected it will give a clear timeline of the uprising of Islam in Mekah and Madinah, Khalifah Ar-Rasyidin , Umaiyah Empire, Abasiyah I&II Empire, Turki Uthmaniyah Empire ,Perang Salib, Salihuddin Al-Ayyubi and Sultan Muhammad AlFateh in Turki. Its not that I didn't learn it before but kinda it doesn't really into my heart. The timeline and details of idols seems scattered in my head. I cant put them together at one place, in one big picture.


Well,after 2days of program, I can say it fulfilled my expectation. Even though not perfectly all of them, but it seems to be a beginning for me to start truly learn the history by heart. It gives you a kick start anyway, because there's no way enchanting stories of hundreds years can be revealed in two days. So, our jobs is go deep into those secret of uprising empire and learn from it. So do the downfall era of Turki Uthmaniyyah on 1924. March 3rd 1924: The Caliphate was abolished.


Another thing that moved my heart is the way Imam Hassan Al-Banna set Rasulullah tarbiyyah method as an example. Where the cascade goes like this :
Individu Muslim-->Baitul Muslim--> Masyarakat Muslim--> Negara Islam--> Kerajaan Islam-->Empayar Islam-->Ustaziyatul A'lam 


Where are we? Of course for single me,the first one. But wait? Do I really deserve to be called one?
To be an INDIVIDUAL MUSLIM (IM):
There's 10 muwasofat mukmin (sifat-sifat mukmin).


1: Salimul Aqidah- AKIDAH YANG SEJAHTERA. 
2:  Sahihul Ibadah- IBADAH YANG SAHIH.
3: Matinul Khuluk- AKHLAK YANG TERPUJI.
4: Mutsaqaffal Fikri -LUAS ILMU PENGETAHUAN.
5: Qawwiyal Jismi- SIHAT TUBUH BADAN.
6: Qadiran A’la Kasbi- MAMPU BERDIKARI.
7: Mujahadah A’la Nafsi- MELAWAN NAFSU.
8: Haarithun A’la Waqtihi -HORMATI MASA.
9: Munazzamun Fi Syu’unihi- PENGURUSAN SISTEMATIK.
10: Nafi’un Li Ghairihi- BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN.


So these are the indicators of an individual muslim. A real one. I pray to Allah that my friends and I are strong enough and put our effort to the fullest to be an IM. InsyaAllah.


I know the tittle suggested 'ibrah' :  عِبْرَه which means moral or lessons. But I dont really elaborate on each of them. Well, that because I wanted my friends to look up by themselves. There's a lots (read:tonnes) of videos on History of Islam, Empire of Faith, Islamic Warriors and Reality of Muslim Ummah etc. Search for them.I like this one the most:

HISTORY OF ISLAM - THE EMPIRE OF FAITH

and



p/s : lots of thanks to ISK committee who made this program a success. I believed every participants got some take-home messages, if not all, to be ponder, analyzed and make a move. Thank you Allah, for bringing us together, pouring the faith pollen, hoping to blossom the spring with flowers of tarbiyyah, no matter where we are. 

Friday, March 11, 2011

the half-forgotten idols

Sedikit renungan untuk hari ini.

Kalau semalam dh menyelusuri sejarah-sejarah dan signifikan peristiwa/keperibadian 10 sahabat yang dijamin masuk syurga (Asratul Kiraam), terasa nk menjenguk kepada wanita-wanita ulung untuk diteladani keperibadian dan sifat-sifat murni mereka. Kalau melihat 10 sahabat asratul kiraam tersebut, kesemuanya lelaki, yang kebanyakan mereka berjihad di jalan Allah dgn berperang,memimpin dan meng'infakkan harta mereka,nmpk jauh sikit correlation dan tak mampu nk buat.

Jadi, jom halakan kompas idola kepada wanita-wanita ini :

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
                                                                    
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”

Sumber: muslimah solehah & iluvislam


Recommendation:
Aisyah Ummul Mukminin : Keunggulan Sejati by Sulaiman An-Nadawi (my favorite)
Khadijah : Drama Cinta Sang Nabi by Dr. Muhammad Abduh Yamani

Thursday, March 10, 2011

spring hasn't yet sprung?

*special topic -fundamental plant biochem
everything is chemistry!
who am i kidding?
wait,whats my major again?

I'm just wanna escape from lab sessions
after struggling with 3labs last quarter and two part-time jobs. 
i just wanna relax. having good time with numbers.erk?haha
enjoying the blooming season yet to come.

and how i wanna shout out loud..
i love purple!

Sunday, March 6, 2011

purple flower blossom

Ya Allah,
Permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Bukakanlah pintu hatinya moga mudah memahami isi pelajaran.
Hiasilah dirinya dengan akhlak yang mulia.
Moga ilmu yang dipelajari diberkati olehMu Ya Allah dan bermanfaat hendaknya.

hati ini berkata-kata sebelum menutup mata, sebelum membuka tirai 'spring quarter 2010-3'


penutup hari ini,
kata-kata dr kwn ni : ''smlm mintak maaf, liverpool nk bntai 1-0 ja tp tergoal lebih''
argh,cepat2 lari tukar team.


alhambra, mis sueños en Españ

alhambra, mis sueños en España= alhambra,my dream in spain

of outstanding garden and architecture

Alhambra, Granada
Al Hambra Citadel is a city-fotress and the castle of Moorish Kingdom in Granada. It was built as a mosque in early Islamic rules in Spain. Between 1238-1354 A.D, the castle of Islamic Kingdom was built in this city. Since then Al-Hambra city is one of the famous historic building in the world. The interior walls of the building were decorated with fascinating stucco calligraphy of Holy Quran and there were also beautiful gardens in the city.





Alhambra is an Islamic empire during the 13th century.Building is a stunning Alhambra palace During the Caliphate ummayyah children. 

I did counted this historical place in my to-be-visit list. A beautiful set for romantic scene (read:proposal).

p/s alhambra:al-ahmar maksudnya merah. sebabnya bangunan-bangunan di kota ini akan kemerah-merahan di kala malam. 

pictures courtesy of google images 

Thursday, March 3, 2011

Childhood memories

Saat ini,aku rasa bertuah di sini. Di RIT,Rochester. Aku rasa setiap orang di sekelilingku bagaikan saudara. Umpama sebuah keluarga besar.Sakit susah, resah bermasalah terasa beban yang ditanggung bukan berseorangan. Ada yang memahami ada yang tidak. Tapi, tak kisah. Yang penting,ada yang sudi mendengar. Yang prihatin. Kebihan dan kelemahan masing-masing udah diterokai. Boleh considerate dah. Moga ukhuwah dibina tidak bernoktah selepas jubah dan topi graduasi ditanggalkan kelak.

Aku. Setelah melihat dan meneliti sekeliling dengan hati,aku mahu menulis terus dari hati.

Tiba-tiba,teringat zaman kecilku. Yang nampak kabur-kabur,tapi sesetengah perkara masih jelas. Mahu diukirkan di sini,bila terlupa nanti dapatlah aku meyelak lembaran ini.

1) Gaun
Ini favorite. Kanak-kanak perempuan cumil (macam saya) memang sesuai dipakaikan gaun. Dengan stokin putih dan kasut ballet tu,the girl will look adorable. Kemudian, kenangan itu dibingkaikan dan digantung di dinding rumah. Sweet. How do I look when I was a child? Chubby (pipi je) little girl with fair skin and rambut anak cina tu (taw x?haha).Okay cukup di situ. Ke prasekolah,aku masih pakai gaun,eh bukan, pinafore nama dia.hehe Only then, baju kurung took place over pinafore.

2) Batu seremban
Mak aku cikgu,jadi selalu balik lambat dari sekolah sebab mesyuarat petang-petang tu. Anak-anak cikgu ni dah macam ada geng,rapat sangat dah. Jadi, aktiviti favorite adalah main batu seremban. Kalau dalam bahasa kedah dipanggil 'batu selambut'. Sebabnya? yelah, dah lambung-lambung kena la sambut kn?haha Memang hebat la main batu ni waktu dulu (dan sekarang pun). Dari 'batu melayu',yang kiraannya 1 batu,2 batu dan 3 batu.Bila dah cukup seratus, we move on to 'batu cina',kiraannya 3,2,1 batu. Next, 'batu india' yang ni kena hold suma batu sebelah tangan ja. Memang aku terrer bab-bab main batu ni. Terrer as in hebat ye bukan terror ganas2.Ohh how i miss old times. I miss them. I miss Izyani Farhana Azmi, Ain Zubaidah Ayub, Haryani Abdul Harith and many more.

3) Buku lirik
Kalau dulu,memang tak sah kalau tak dak buku lirik. Dulu-dulu zaman kegemilangan BSB, N Sync, Westlife segala kan?haha. Aku tak sure la lagu melayu time tu apa, mungkin Siti Nurhaliza. She's so talented. So, dalam buku tu akan salin balik lirik lagu-lagu yang minat. Siap dengan gambaq lagi mungkin. Mak,kalau jumpa balik buku-buku lirik cheq,jangan buang ok?haha

4)Buku biodata
Yang ni lagi satu,wajib ada. Semua budak dalam kelas kena tulis biodata dalam buku ni. Lepas tu, bagi kt kelas-kelas lain pulak, next kak-kak yang famous. I did remembered I got 6 so-called 'kakak angkat'. See how adorable I am back then?hahaha. Advantages of kak-angkat-adik-angkat system? Bila birthday dapat hadiah lebih sikit.haha . Do you have yours?

5) Plastik tudung
This one popped out of my mind like 2 seconds ago. Dulu-dulu ada satu masa where everyone (well,almost) letakkan plastik jernih bentuk rectangle  kat bawah tudung bahagian atas muka. Purpose? Nak bagi tudung tu curve elok ja. Tak menjadi kesalahan kot sebab as a prefect from standard 3, I did it as well.

6)Buku 555
Dulu prefect yang perfect skema for sure kena ada buku 555. Tujuannya mesti nak tulis nama budak-budak yang bising dalam kelas.Padahal, dia bising jugak tak pulak tulih nama seniri.haha Untuk menunjukkan pengawas buat kerja, nasiblah nama sapa-sapa yang aku picked.sorry.

7)Birthday celeb
As a daughter,yang spoiled sket, my mom would bought me a birthday cake on my birthday, brought it to my class, so I can share it with friends. Not to forget, some snacks and candy packed by me the night before. Then, I will walk around distributing the candies and stuff one by one to each of my classmates.haha. Owhhh, can we do it  in college tooo???please~haha

Thats all for now.

Oppsie, kepalanya sastera penutupnya barat. Saya sudah berkongsi, mencari gali memori sewaktu kecil saya. Anda bagaimana? What yours looks like?

Sekian dari tangan kanan yang penat menulis sorang-sorang. Sebab tangan kiri rigid memakai inai. Eh itu pun salah satu precious memories with my sister. Inai on every eid.=)