Friday, April 23, 2010

mahu menulis diari kembara~

'diari kembara'~saya harap 5-10tahun akan datang..saya akan ada diari ini.

Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.

Mengembara itu saranan Allah:

30_42

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]

Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.

Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.

p/s: tiba-tiba saya teringat akan post ini di satu islamic professional web page mufoddoli. lama jugak mencari-cari older entriesnya..dan bertemu juga.malam ini,hati saya berkata,saya mahu mengembara..berjalan di atas muka bumi Allah ini..melihat keajaibanNya,membuka minda dan dalam masa yang sama,menguatkan iman di dada.ingat lagi akronim nie.smka= sentiasa mencari keredhaan Allah.moga hamba ini sentiasa di bwah rahmatNya.ameeen=)

2 comments:

  1. teringin juga nak mengembara...
    mengembara merentas sempadan negara...
    merentas sempadan pemikiran...
    alangkah seronoknya menjadi pengembara...

    n_n

    ReplyDelete
  2. insyallah.moga luas perjalanan nnti..byak lg masa=)

    ReplyDelete