Friday, January 22, 2010

usrah review:tulus ke ikhlas..???

assalamualaikum~
hari nie, 22 jan 2010 bersamaan 07 Safar 1431.
banyak benda yg sya pelajari..

situasi 1 : seorang insan yg bru selesai chem lab pkul 12 tghari berazam nk 'tdo 15mnit' pda pkul 2ptg.byk rencana menanti beliau hari ini.borang move out sudah hantar.pkul3 nk pegi theprovince utk application fall.pkul 4pm ada usrah di park point.malangnya,bangun2 dah pkul4. asar pon belum. plan yg laen entah ke mana..isk3.digagahkan kaki melangkah ke bus stop.terlepas sudah bas..bas seterusnya setengah jam selepas itu.bersama beberapa rakan,kaki dihayun melangkah ke satu destinasi. jam tangan purple dijengah. udah pkul5 nie,mesti usrah dh habes. xpa2,p jugakk la.entah apa yg menggerakkan hati,entah apa yg memberi kekuatan meredah suhu yg xseberapa sejuk.20minit kemudian,tibalah insan itu ke destinasinya,mengutip sisa-sisa ilmu yg masih dikongsi dalam usrah.

situasi 2 : 'hayya a'la sollah..hayya a'la fallah'..kalimah-kalimah tersebut bergema tatkala subuh.urgghh..mlasnya nk bgun.rsa nk terbenam dalam comforter selamanya.seorang hamba Allah masih lena dibuai mimpi.mengintip jam dinding.baru pukul7,sunrise 735am..ada masa lagi,relax dulu..mata dipejam lagi.bukak mata semula,730!.teringat solat.teringat kewajipan.teringat dosa.teringat mati.teringat balasan tidak mengerjakan solat subuh,tak mendapat keberkatan Allah.digagahkan kaki jugak menunaikan solat,walaupun dlm mamai.apa yg mengerakkan hatinya?ikhlaskah beliau?atau terpaksa?

situasi 3 : dua merpati sedang berdua-duaan. bermanja-manjaan. 'awak sayang saya?'tanya si jejaka.si gadis pantas menggangguk.'kalo awak sayang saya,give me a kiss!'.lantas,a flying kiss tanda 'sayang' hinggap di pipi.apa pula yang menggerakkan hati si gadis menurut permintaan hati si lelaki?sebagai tanda tulus ikhlas cintanya kepada si dia?benarkah?

tulus@ikhlas?
apa perbezaan dua perkataan ini?
ikhlas maksudnya melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah.
tulus pula melakukan sesuatu dengan berlapang dada,tanpa mengharapkan balasan, tanpa paksaan.
situasi 1,2 dan 3..tulus atau ikhlas?

usrah review;
situasi 3: si gadis berlapang dada, bersedia melakukan apa yg diminta si kekasih dengan rela. dia tulus dalam keadaan ini. [mereka sudah halal bagi diri masing-masing,diikat dgn ijab kabul,anggaplah begitu]

situasi 2: hamba Allah ini sedaya upaya melawan godaan syaitan,dengan susah payah bangun menunaikan kewajipannya.semata-mata kerana Allah.tidak syak lagi beliau ikhlas.mungkin rasa terpaksa pada awalnya,tapi masih punya secebis iman di dada menunaikan perintah Penciptanya.Ikhlas!.

situasi 1: undecided.[tidak dibincangkan dalam usrah]

summary :
~ikhlas adalah rahsia antara hamba dan Penciptanya.tidak ada makhluk yg mampu menilainya.malaikat raqib dan atib juga tidak punya pertimbangan untuk menilai keikhlasan manusia.hatta syaitan juga tidak tahu sejauh mana hati kita, apatah lagi merosakkan rasa ikhlas tersebut.subhanallah,sampai macam tu sekali rupanya.baru taw.

~hati ini umpama air laut.bayangkan air laut yang masin,dan dipenuhi minyak dan sampah-sarap[unfavorable situation].Untuk menjadi hati yang ikhlas;

~pertama sekali,sucikan hati dari 3 benda asing tadi.air laut akan disulingkan untuk jadi air minuman.sucikan hati kita.penyucian jiwa [tazkiyantun nafs].cuba qiam,tingkatkan bilangan muka surat alQuran setiap hari@minggu,cuba solat di awal waktu.

~kedua,bersihkan sampah-sarap.buang perasaan mengharap balasan@takbur@riya'@rasa diri hebat dari orang lain.

~akhir sekali, buang lapisan minyak yang menghalang hati untuk mnerima kebenaran@sifat ikhlas.[saya dah lupa yg ketiga nie = =].tapi insyallah,membaca alQuran dan menghayati tafsirnya dapat melembutkan hati.

konklusinya,ikhlas adalah salah satu perkara nampak-mudah tapi complicated.susah diaplikasikan. mampukah kita?=)

p/s; kata seorang cendekiawan,manusia jika tidak menulis akan dilupakan masyarakat dan sejarah.bagi saya, ilmu tanpa tinta macam buih di lautan. banyak tapi tak membawa manfaat. insan seterusnya yg memandang lautan satu saat selepas buih tu pecah tak pernah tahu pun buih tu pernah wujud kat situ.betul tak?

No comments:

Post a Comment