Friday, January 22, 2010

sebab utama lelaki ditarik ke neraka oleh kaum wanita~

assalamualaikum~

pagi semalam,jam 805 pagi. 55minit lagi ada exam chemistry,bisik hati. jari jemari menekan password menjerumus masuk ke layar skype.terus ke ikon 'call phone', memasukkan satu persatu nombor. terdengar ringtone,lagu dan suara operator yg menyahut.bukan itu yg dinantikan.mailbox.xmau.nk ckp ngn ayah.''ayah,d0akan kak.nak amek exam nie.ada 2paper pulakk tue.huhu''.tgok jam,905 malam waktu malaysia.mesti ayah p masjid nie lalu off cell fon beliau.guna alternative laen,call akak pulak,''kak,smpaikan msg nie,mntak ayah doakan,nk exam nie,tkuttt..nervous..''

hari ini,grade was out!bukak mycourses>>general chemistry>>grade...scroll down ke exam 2.ya Allah!alhamdulillah,a jugakk akhirnya.untuk pertama kalinya.kurang 4 dari aim sebenar tapi sgt bersyukur.menanti keputusan bio pula.moga2 'indah2' belaka.harapnya.insyallah.

pagi tadi,call lagi.''maaf kak,ayah p masjid semalam,dengaq kuliah ustaz halim nasir yg tiap2 malam khamis tuhh''.oh ya tak ya jugakk.tersentak hati ni.perkataan maaf di awal kalam tu dah cukup buat si anak tadi.tak jadi nak ckp betapa kecewa xdpt call pagi semalam.suara lelaki tadi menyambung lagi,''tapi ayah dan [sempat] jugakk bca yassin utk kak,pkul12 smpai 3pagi.''masyaallah.si anak tersentuh lagi.terima kasih banyak2 ayah.patut la rasa tenang ja jawabnya.selama ini,rasanya rezeki kak dlm pelajaran lebih byk dari doa ayah,mungkin 99.9%.nak harapkan usaha kak saja,memang xseberapa la.

Amnya,hidup seorang wanita ini,memang dikelilingi lelaki-lelaki yang ambil berat tentang dirinya.betapa bertuahnya dia.syukur alhamdulillah.

tiba-tiba,teringat sesuatu.
'kaum wanita mampu menarik lelaki ke neraka'.bagaimana?
empat golongan tersebut adalah ayahnya,suaminya,saudara lelakinya dan anak lelakinya.

1)Ayahnya: Apabila seseorang yg bergelar ayah tak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tak bagi segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2)Suaminya: Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri,walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia pun akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3)Saudara lelakinya: Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4) Anak lelakinya :Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

muhasabah diri: buat masa sekarang, saya hanya ada dua lelaki dlm golongan pertama dan ketiga. dan sangat menyayangi mereka.tak mau mereka terjebak dalam azab api neraka.mampukah?terima kasih ayah kerana cuba melakar jalan terbaik untuk anak perempuannya ini. si gadis ini sudah sedaya upaya menerokanya,mengutip ilmu di sekolah pilihan dan sekarang masa untuk terus mengamalkan ilmu yang dipelajari.insyallah.saya anak perempuan paling bertuah.ayah dah melaksanakan amanahnya.kini,saya pula.

Firman Allah S.W.T
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, disebabkan Allah s.w.t telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka." (An-Niza': 34)

akhir kalam,thank you Allah.

3 comments:

  1. such a good reminder. bha buatla usrah kat rit ni ha :)

    ReplyDelete
  2. saya sokong komen diatas..kita kena mulakan dari awal..=)

    ReplyDelete
  3. k.ecah: usrah udah ada among freshmen n sophomore park point.insyallah,kta lebarkan sayap lg t.hehe

    wahid:tq.

    ReplyDelete