Saturday, July 28, 2012

Hikmah kembara

I was looking at the calendar today and realised it's already the 9th day of Ramadan today!
This calls for a reflection!



Lets cut the chase.


One of my targets in this Ramadan 1433H is;


*to understand the theme of each surah in the Quran*


and I am challenging myself in bringing the new knowledge into practical life.


Alhamdulillah.


Jika ditanya kelas apa yang saya ambil sepanjang summer ini.


Akan saya jawab ''kelas kehidupan''.


Reality check.


Di saat kita dalam ruang biah solehah yang sedang dibentuk, tiba-tiba kita keluar menghadapi realiti hidup.


Seorang diri. 


Terbayang medan di tanah air nanti. Kalau hanyut,leka dalam so-called 'comfort zone', tarbiyyah ke mana apa ke mana. Allahu Allah. Wajib usaha sungguh-sungguh tetapkan hati.


Yang bukan mudah pastinya. Pahit mujahadah itu.


Pengalaman bekerja dengan rutin 9 to 5. Balik bekerja dah penat, kalau tak paksa diri pegang Al-Quran..rugilah. Esoknya bekerja lagi, cycle tu akan berulang-ulang, takut nantinya leka kita bawa title 'hamba Allah'.


Pengalaman bercampur gaul dengan golongan yang lebih berusia. 


Saya hargai segala ilmu yang dicurahkan, directly or indirectly.


Dapat merasa bagaimana kehidupan seorang pelajar itu lebih fleksibel. Lebih hargai masa untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.


Faham situasi bila bekerja dan pada masa yang sama nak terlibat dengan program-program membentuk generasi muslim yang lebih baik.Tak mudah. Titik.


Jika saya bekerja (unpaid intern) hanya semata-mata untuk pengalaman,itu yang saya dapat. Jika saya bekerja untuk menghabiskan masa lapang, masa tu pun akan berlalu. Penat saja bertungkus-lumus setiap hari kalau tak niat kerana Allah. Astaghfirullahala'zim, penat sahajalah yang saya dapat. Segala amal bergantung pada niat. 


Sedikit sebanyak belajar bagaimana nak berbicara dengan berhikmah dengan mereka yang lebih berusia. Kita sama-sama mahu belajar jadi lebih baik. Kita mungkin tahu banyak tapi kurang pengalaman hidup. Atau mungkin kita saja yang yang rasa kita tahu banyak,walhal tidak. 


Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Semoga dipelihara.


Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Al Mulk 67:13)


Brief daily summary of what is being recited in Taraweeh Salah in short 10 minute videos presented by various Imams across Toronto, Canada











نور نبيهة هاشم,
9 Ramadan 1433Hijriyah.

2 comments:

  1. salam, akak , if u dont mind.do share some tips on how to communicate with older.hehe.

    i just know to answer if being asked by makcik2.and then fullstop.no two ways commnction.haha

    salam ramadan!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah will do if I spare some time writing ;)

    I need some times too when dealing with elder people. When I got the 'click' everything will be easier.

    Nanti akak cuba tulis dalam separate post.

    waiiyaki nazihah ;)

    ReplyDelete