Daurah Tarbawi
Daurah maksudnya perhimpunan atau conference.
Tarbawi pula merujuk kepada tarbiyyah.
Dalam satu sesi baru-baru ini, tajuk yang dilontarkan adalah Syahadatain dan Ghazwatul Fikri.
Apa itu Syahadatain? Apa itu Ghazwatul Fikri? *jangan fenin lagi*
Syahadatain merujuk kepada dua syahadah, iaitu dua kalimah syahadah yang kita ungkapkan
berulang-ulang kali setiap hari.
Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Sejauh mana penghayatan kita dalam ungkapan tersebut?
"Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tiada Ilah kecuali Allah" (QS. Muhammad(47) : 19)
Pembesar-pembesar Quraisy dulu sangat mengetahui bahawa
Muhammad sememangnya
utusan Allah, juga mereka mengetahui agama Allah itu benar.
Tapi mereka tak ucapkan kalimah syahadah? Kenapa ye kenapa?
Walhal
mereka dapat berpura-pura mengakui memeluk Islam.
Tetapi,mereka mengetahui isi kandungan kalimah syahadah bermaksud mengesakan dan
beribadah hanya kepada Allah. Jika mereka mengaku Islam kemudian menyembah berhala
atau menyekutukan Allah dengan perkara lain,itu sangat bertentangan.
Juga,antara sebab lain, mereka tahu Islam datang bukan sahaja mengubah aqidah
kepercayaan mereka tapi turut mencampuri seluruh aspek kehidupan termasuk
hal ehwal perniagaan. Satu tabiat buruk orang-orang kafir Quraisy adalah para peniaganya
suka menipu dalam timbangan barang dagangan.
Menyedari hal ini, kalimah syahadatain tidak dilafazkan oleh para pembesar Quraisy.
Bagaimana pula dengan kita yang mengucapkannya sehari-hari?
Berapa kali ye? *kira-kira*
Apa kepentingan Syahadatain?
1)Pertama, ia merupakan Pintu masuk Islam. (49:15, 37:35, 3:18)
Dengan mengucap dua kalimah syahadah, seseorang itu dianggap memeluk Islam.
Jika sebelum ini dia bukan Islam, dia berbuat pelbagai perkara
kebaikan seperti menderma kepada fakir miskin dan bergiat dalam community services atas
dasar kemanusiaan semata.
Sekarang,setelah syahadatain terucap di bibir, setiap perkara baiknya dinilai di sisi Allah, dibuat hanya kerana Allah.
Sekarang,setelah syahadatain terucap di bibir, setiap perkara baiknya dinilai di sisi Allah, dibuat hanya kerana Allah.
Bila disebutkan ''Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah'',
yes memang patutlah kita ikut segala perintahNya.
Kan dah buat perjanjian antara hamba dengan AlKhalid?
Bukan sekali,tapi diperbaharui tiap-tiap hari pulak tu. :)
Kan dah buat perjanjian antara hamba dengan AlKhalid?
Bukan sekali,tapi diperbaharui tiap-tiap hari pulak tu. :)
2)Intipati Ajaran Islam (2:21, 51:56, 21:25)
Segala aspek dalam Islam tertakluk kepada dua kalimah ini. Tiap kali kita menyebut syahadatain, ia sepatutnya,
ye sepatutnya, mengingatkan kita tentang SIAPA KITA?. Dan mengesa kita cari kefahaman dalam Islam.
ye sepatutnya, mengingatkan kita tentang SIAPA KITA?. Dan mengesa kita cari kefahaman dalam Islam.
Dua sumber untuk menuntut ilmu adalah Al Quran dan As Sunnah.
Al Quran yang diturunkan Allah kepada Rasulullah. Rasulullah menterjemahkan intisari
pengajaran Al Quran mengikut peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi.
Jadi,usaha kita---> kenal riwayat hidup Rasulullah.
Promosi --> Kuliah Sirah Online Paltalk by ISma US CANADA.
3) Titik Tolak Perubahan (6:122, 33:23, )
Syahadatain membantu kita berubah ke arah Islam. mengukuhkan syariat, meninggalkan maksiat tapi kekalkanlah manusiawi.
Kekalkan karakter sesama manusia.
Kita manusia, jaga hubungan sesama hamba. *ye kita hamba*
4) Hakikat Dakwah Para Rasul (60:4, 10:110)
Syahadatain merupakan seruan dakwah yang sama yang dibawa Rasul-Rasul terdahulu. mengesakan Allah. Laa Ilaaha Illallah.
Apa Kandungan Syahadatain?
1)Ikrar (3:18)
Kehidupan sebenar Islam dari perspektif kita. Islam itu seronok! Dakwah itu seronok!
Kita percaya Islam hanya akan tertegak bila sistem syariat Islam diamalkan.
Apa maksudnya?
Pada hemat saya, tak perlu malu berpakaian menutup aurat. Tak perlu malu jika terpaksa solat di tengah padang,jika terdesak.
Tak perlu malu mengaku muslim. Tak perlu malu memakai tudung sempurna. Tak perlu malu mengucap
''I dont shake hand with guys, I have my own way to do it'' *pakai glove and high five!* -_-
Bukan ke dah bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah? Jadi jangan malu. Runtuhkan egois.
2)Perjanjian
Syahadatain terkandung dalam Al Quran. Perlu diingat, Islam bukan agama statik, tetapi berkembang dan bertambah tambah baik.
3)Iman
Daripada ikrar dan perjanjian,lahirlah iman iaitu keyakinan dan kepercayaan. Iman? *Nurul Iman ke? sedap nama tu*
*eh bukan2* Ini iman yang terserlah melalui ucapan perkataan baik-baik, rasa di dalam hati berlapang dada, perbuatan.
Hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang. Percayalah.
4)Istiqamah
Tapi,bab yang paling susah ialah bila nak istiqamah atau konsisten dengan iman. Serius payah.
Wajib ada keberanian! shabab dulu penuh semangat keberanian tapi kita?
Nak buka mulut tanya soalan kepada penceramah pun berat.
Nak buka mulut tanya soalan kepada penceramah pun berat.
Apatah lagi nak keluarkan pendapat.
Kalu diam seribu bahasa,tak dapatlah nak tahu apa yang tersirat di hati kamu tu wahai ikhwah akhawat.
Kalu diam seribu bahasa,tak dapatlah nak tahu apa yang tersirat di hati kamu tu wahai ikhwah akhawat.
Mungkin kamu faham yang betul,mungkin juga tidak.
Macam mana nak sampaikan kepada rakan-rakan yang lain kalau penerimaan tak selaras?
KEBERANIAN. Juga perlu ada ketenangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan
dan optimis dengan jalan dakwah dan janji Allah dalam Ali Imran (3:200)
dan optimis dengan jalan dakwah dan janji Allah dalam Ali Imran (3:200)
Sabarlah dan kuatkan kesabaran :)
Kalau tak dipulau, dilanda fitnah ujian dan menangis, anda sebenarnya bukan melaksanakan dakwah.
Kalau tak dipulau, dilanda fitnah ujian dan menangis, anda sebenarnya bukan melaksanakan dakwah.
5)Kebahagiaan (3:185)
Kebahagiaan yang kita cari-cari ada di akhirat sana. Jangan putus asa lagi. La Tahzan.
Dunia cuma kesenangan yang diperdayakan.
Dunia cuma kesenangan yang diperdayakan.
Waallahua'lam.
Teruskan percaya akan ikrar kita.
Serlahkan ia melalui perbuatan.
Fastabiqul Khairat!
jommm2! berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan.
bersambung : Ghazwatul Fikri.
*sebab macam dah berat kan kepala?*
*sebab macam dah berat kan kepala?*
Cherry Blossoms at Brooklyn Botanic Garden
So who wanna give me some flowers? ;p
No comments:
Post a Comment