Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillah selesai pun sudah program yang dirancang berbulan-bulan lamanya.
Program ALIF BA TA 2012.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana majlis berjalan sedikit sebanyak seperti yang dirancang.
Walau ada tiupan angin kencang yang membuat kapal kita beralih arah sedikit,
mengetahui kita sebagai nakhoda kapal boleh saja memperbetulkan kembali haja tuju untuk sampai ke destinasi yang dikehendaki.
Sepatutnya saya ada due date 7 essays dan 7 dialogue Arabic at 12 semalam.
Tapi masalahnya saya telah 'pengsan' sampai pukul5 pagi tadi -_-
Ada dua tiga essays yang perlu ditulis selepas kami menonton movie di dalam kelas.
Ada juga yang mengambil masa 2 kali sesi kelas untuk ditonton sampai habis.
PART 1 pada minggu pertama dan PART 2 pada minggu depannya.
Ada satu movie yang saya hanya tonton bahagian keduanya kerana tidak berkesempatan menonton bahagian pertama movie tersebut.
Dan begitulah sebaliknya.
Jadi, saya hanya melihat 'movie review' yang dibuat oleh professional movie critics di internet dan juga komentar para audience.
Lihat pada kecondongan kita bagaimana mahu mentafsirkan intipati movie tersebut.
Adakah pada aktornya, pada jalan ceritanya, pada konflik atau klimaks, mesej yang ingin disampaikan,dari segi teknikaliti atau pada teknik pengarahan.
Jadi saya kira komentar dari professional yang bersesuaian dengan kehendak saya pilih sebagai rujukan untuk menulis essay mengenai movie tersebut.
Disebabkan saya tidak menonton dan mengalami sendiri keseluruhan movie tersebut,jadi kurang kredibiliti saya untuk membuat komentar.
Sama juga dengan program yang baru selesai berlansung, jika saya tidak terlibat secara lansung secara penuh sepanjang program dijalankan, saya tidak dapat membuat komentar sesuai.
Saya tidak dapat melihat usaha pihak penganjur untuk memperbetul kembali perkara yang tidak dapat dikawal pada sesetengah sesi pada kebanyakan masa.
Alhamdulillah syukur bila mendapat nasihat dari 'figura' seorang ayah.
Moga output daripada program tersebut dapatlah diterjemah ke dalam kata-kata dan tindakan kita selepas ini.
Moga bermanfaat kepada diri sendiri dan ummah. Kenal 'value' kita, kenal SEJARAH ISLA
M dan bergerak sekarang untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Bukan tunggu dia atau mereka yang melakukannya, tapi saya. Ya, SAYA yang perlukan 'revive'. (Reviving Islamic SPIRIT!!!) :)
p/s: okay,terasa nak balik malaysia dan kembali ke sekolah untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang seberapa kepada adik-adik pelajar dan mula merancang bagaimana untuk lebih menyumbang kepada generasi muda Islam. Enroll cepat-cepat. Satu tenaga kerja (dari saya) telah dibazirkan selama ini, untuk turut sama menyumbang kepada anak-anak melayu muslim. Mungkin dengan pertambahan satu tenaga kerja ini, objektif yang ingin dicapai sedikit lebih dekat dengan matlamat asal. Siapa tahu. Berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi intelektual dan pendakwah membantu menggerakkan generasi AL-QURAN dalam organisasi NGO. (Dengan syarat kena elakkan terjerumus dalam politik partisan tapi eh eh macam dah termasuk je -.- tak boleh jadi ni ).
p/p/s : Astaghfirullah. Banyak salah silap. Banyak yang terlepas pandang. Banyak yang tidak dijaga. Ya Allah, hiasilah diriku dengan akhlak-akhlak mulia sebagaimana yang mereka puji padaku tapi sebenarnya tidak ada padaku. Jauhilah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri tapi mereka tidak mengetahui.
erk p/p/s/s?? Yosh! Perlu terus kuat bersemangat. Dah nak habis winter quarter. Final week menjelma. Don't disturb or distract. :p
No comments:
Post a Comment