To live is to love, to serve, to forgive. Love the One, love and serve humanity. To learn to love oneself and to love is to learn to forgive.
Monday, February 6, 2012
Friday, February 3, 2012
kenapa almathurat?
pagi yang indah itu,
dialun bacaan suci AlQuran
disambut pula dengan alunan zikir Al mathurat
dan antara kelebihan himpunan AlSyahid Imam Hassan AlBanna ini
membuat masa terasa panjang
itu dalam bahasa mudahnya
dan serius
memang terasa panjang dan produktif
serius tak tipu ^_^
manusia lahir di atas dunia ini dengan fitrah
manusia juga punya nafsu dan keinginan
tapi
Allah telah membimbing manusia
dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya
sehingga godaan syaitan dapat dihadapi
dengan jiwa yang taqwa dan hati yang bersih :)
tidak semua jiwa yang mendapat hidayah dan bimbingan Allah
dan tidak semua jiwa mengetahui
cara yang terbaik dalam mendekatkan diri
dengan yang maha Agung.
Sehingga..
ramai yang tersesat ke lembah kebodohan
dan kenistaan hidup yang berpanjangan.
Sesungguhnya keteguhan jiwa itu
dapat dicapai dengan
aqidah yang kukuh
solat
zikir
doa
istighfar
ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah
Beramallah mengikut contoh kekasih kita
Rasulullah SAW
Orang-orang mukmin akan mengisi masa
dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah
Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir
membesarkan dan mengagungkan Yang maha mulia.
Tiada yang lebih bererti
dalam kehidupan kita
melainkan
mendapatkan keredhaan Allah SWT
Allah berfirman maksudnya:
''maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan
dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai menengerjakan solat''
(Qaaf: 39-40)
Berdasarkan firman Allah ini
setiap individu baik pemimpin dalam rumahtangga,
masyarakat dan negara serta para pendakwah
hendaklah mengamalakn dan menghayati zikir almathurat.
dengan ini, kita dapat menbentengi diri kita dengan senjata yang kukuh,
sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
*doa kan senjata orang mukmin? :) *
AlSyahid Imam Hassan AlBanna telah membina jalan yang baik
untuk kita mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Beliau memilih dan menyusun almathurat
dengan harapan Allah bimbing kita
terhindar dari gangguan syaitan
banyak sangat kelebihan bacaan almathurat
antaranya :
Dari Annas r.a Rasulullah
''Siapa yang mengucapkan di waktu pagi ucapan :
au'zubillah hissami' ul a'lim minasshaitho nirrajim
au'zubillah hissami' ul a'lim minasshaitho nirrajim
(Aku berlindung dengan Allah yang maha mendengar
lagi maha mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk)
''maka ia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang''
(riwayat Ibn Al Sunni)
Bacaan AlFatihah merupakan bacaan yang agung.
Pahala yang besar kalau membaca dan menghayatinya
Rasulullah bersabda maksudnya:
''Demi AlQuran yang nyawaku di tanganNya belum ada surah
yang diturunkan di dalam Taurat,Injil, Zabur atau Furqan
yang menandinginya.
Dialah tujuh mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku''
Juga,
Dar Ibnu mas'ud, Rasulullah SAW bersabda,
''Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah alBaqarah di awal siang
nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,
jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.
Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.''
(Riwayat Al-Darami dan Baihaqi)
macam mana dengan bacaan ayat kursi pula?
Dar Ibnu mas'ud, Rasulullah SAW bersabda,
''Sesiapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah AlBaqarah,
ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah AlBaqarah
nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.''
(Riwayat Tabrani dan Hakim)
Kalaulah kita tahu betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa kita,
mesti kita dah hayati dan amalkan almathurat dalam kehidupan sehari-hari.
Semoga kita terus dapat keredhaan Allah dalam mencari kebenaran di muka bumi ini.
Saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah :D
*post-effect 'Hafalan Solat Delisa' movie*
p/s jom struggle solat subuh awal waktu dan baca almathurat :D
kalau tak,ruugiii..
kalau tak,ruugiii..
نور نبيهة هاشم,
11 Rabi'ul Awal 1433Hijriyah.
Kekasih kita
The way the Muslim can show their love for Prophet Muhammad, sAllahu 3alayhi wa salam, is by learning the correct tawheed and spreading it once it is acquired. We must revive the excellence that we should have in our behavior. We must remember Allah when we speak or act. We should attempt to embody the characteristics of the Prophet within our ownselfs, within our own hearts. Our hearts should cling and flee towards the Prophet, sAllahu 3alahyi wa salam.
He whose name is a remedy, Whose remembrance is a cure.
Send blessings on Muhammad and on the children of Muhammad.
--------------------------------
Muhammad I wish I were beside you my dear
I can't describe the Pain the Hurt I feel
I know I will try
Year after Year
To be by your side
Where I will be healed
I lost my smile in a sad stream of tears
Apart so many miles my love remains sincere
As the days go by I weep in fear to think that I could die
And never be near
I lost my smile in a sad stream of tears
Apart so many miles my love remains sincere
Muhammad I wish I were beside you my dear
I can't describe the Pain the Hurt I feel
Muhammad I wish I were beside you my dear
I can't describe the Pain the Hurt I feel
The Pain the Hurt I feel
the most beautiful thing I have encountered today :)
نور نبيهة هاشم,
11 Rabiu'l Awal 1433Hijriyah.
Thursday, February 2, 2012
rizqi dan dzikir
Dan siapa kata kita tak boleh berubah menjadi yang lebih baik? Alhamdulillah.
moga rezeki ini dapat menjadi tautan ke arah kebaikan insyaAllah
moga rezeki membuat ku lebih bermanfaat kepada diri sendiri
dan saudara-saudara sekelilingku
moga rezeki ini membawa ke arah jalanNya
To be honest,
I was not even dreaming on getting a US license,
I was a coward,
Afraid of taking chances
and risky things
But,
I just faking my confidence
until I have one!
Thanks to supportive friends,
Even a year ago,
They didn't let me drive during winter roadtrip,
''Kami sanggup tido tepi jalan'' katanya
:D
Well, if it wasn't for that 'kritikan membina'
I wouldn't get a license now..
Thanks to tok guru yang tak pernah putus asa on me jugak.
I am a person,
who always try to see good things despite of intense environment
who always try to see beauty in not-so-great situation
who always to try to see how blessed I am
who always try to see 'how the bad thing could have gotten WORSE'
kunci : sabar dan syukur
Sabar bila diuji,
Syukur kerana diuji,
Sabar bila tidak mendapat yang diingini,
Syukur dengan apa yang telah dimiliki.
Coretan Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni
dalam La Tahzan : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Sesungguhnya aku melihat
melalui pengalaman masa-masa lalu
bahawa kesabaran itu
mempunyai kesudahan yang terpuji
''Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa
dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata
dan ingatlah Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsanya)
lagi Yang maha Terpuji''
(Asy-Syura :28)
Apabila kecintaanmu benar
maka semuanya akan terasa mudah
dan semuanya yang ada di atas tanah
akan pulang menjadi tanah lagi
Bersabarlah bila bencana datang menimpa
nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan keluarnya
Cuba waktu selepas solat subuh,
duduk dengan khusyuk
dan menghadap diri ke kiblat 5-10 minit,
bacalah zikir (cth hmpunan doa/zikir Almathurat)
dan berdoa.
mintalah kepada Allah hari yang indah,
hari yang baik dan penuh berkat,
hari yang bahagia,
berisi kejayaan. kesolehan dan keuntungan.
mintalah padaNya hari tanpa bahaya,krisis dan masalah.
Dan hari yang rezekinya melimpah,
kebaikan banyak,
perlindungan yang luas.
Hari yang tiada mendung,tiada kesusahan
dan kesedihan.
Dari Allah kebahagiaan dipinta.
Dari Allahlah rezeki diharapkan.
Dari Allahlah kebaikan diharapkan.
Jangan hiraukan sesuatu yang kita tak mampu selesaikan dengan kudrat terhad,
tapi,
curahkanlah waktu kita dengan berusaha perbaiki segala sesuatu yang mampu diperbaiki.
kelebihan solat sunat dhuha : pengampunan, ketenangan hidup dan murah rezeki.
*jodoh yang baik tu pn rezeki ye dok?*
jadi kena la doa.
jadi kena la doa.
kalau dulu, skema jawapan spm: mendapat ketenangan hidup terasa idealistik
tapi sekarang sgt penting ohh, resah gelisah xbest.
meh doa kita dpt ketenangan dalam hidup sehari-hari :)
ini doa yang sangattttt cantik
sangattt indah
sangattt indah
hayyabinanukminsaah
hafal yok!
نور نبيهة هاشم,
10 Rabi'ul Awal 1433Hijriyah.
Sunday, January 22, 2012
Letter From Under The Sea
إن كنتَ صديقي.. ساعِدني
| |
كَي أرحَلَ عَنك..
| |
أو كُنتَ حبيبي.. ساعِدني | |
كَي أُشفى منك
| |
لو أنِّي أعرِفُ أنَّ الحُبَّ خطيرٌ جِدَّاً | |
ما أحببت
| |
لو أنِّي أعرفُ أنَّ البَحرَ عميقٌ جِداً | |
ما أبحرت..
| |
لو أنِّي أعرفُ خاتمتي | |
ما كنتُ بَدأت...
petikan sajak dari رسالة من تحت الماء dari Nizar Qabbani,
|
jiwang sangat. ^^v
Nizar Qabbani antara yang terkenal dalam nukilan syair-syair hebatnya di dunia Arab.
Lebih 34 buah buku syair dihasilkan, ada juga yang diterjemah ke dalam lagu-lagu,
Kelahiran Damascus ini dikenali sebagai poet of love, kerana banyak membicarakan tentang cinta.
Kata ustaz dalam kelas arab, dia mempunyai kelebihan yang tersendiri,
Dapat menyelami hati wanita dan ilham tersebut dijelmakan dalam bait-bait syairnya.
Patutlah beliau dipanggil poet of women.
Hati wanita satu pengembaraan,
Dalam dan misteri.
Biarkan yang berhak memiliki sahaja yang menerokainya.
نور نبيهة هاشم,
29 Safar 1433Hijriyah.
kembali
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar dah sebulan lebih meninggalkan blog ini,
walhal halaman ini yang buat aku bertatih mencari jalan kembali,
walau niat mulanya agak menyimpang,
insyaAllah dapatlah kiranya ku perbetul kembali,
balik mencari Sang Rabbi.
Saat ini,
syukur yang diungkap dapat diterjemah,
sabar yang diperlukan memang lebih dari yang disangka,
tatkala kamu yakin dan percaya akan janjiNya,
tidak semua yang sependapat denganmu,
ya biarkan,
dari aku yang kurang dhabit ini,
Imam Syafie menyebut,
''Perkara yang tidak mungkin dapat dibuat oleh seseorang ialah
memuaskan hati semua manusia sekelilingnya''.
Batu-batu kecil yang menjadi penghalang kamu,
Jangan diambil kisah,
Walau rasa sayu,
Kuatkanlah hati,
Dakwah seperti mengupas kulit bawang,
makin banyak lapisan yang dibuka,
makin pedih mata,
lantas menitis air mata.
Kesatlah air mata kamu.
Ingat janji Allah,
tetapkanlah hatimu di jalan ini,
moga kita berusaha menjadi orang-orang yang beruntung,
berusaha menjadi segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar,
maka merekalah orang-orang yang beruntung,
jadilah sebahagian dari golongan itu wahai diri,
catitan dalam Ali Imran, ayat 104 itu peganglah wahai hati.
Tatkala aku resah gelisah,
bait-bait ini ku ulang di fikiran,
Jika Allah menolongmu,
maka tidak ada orang yang dapat mengalahkanmu,
jika Allah tidak memberi pertolongan kepadamu,
siapa lagi yang dapat menolongmu?
Jadi tawakal kita berserah hanya kepada Allah.
terpatri dalam Surah Ali Imran,(3:160)
La Tahzan.
نور نبيهة هاشم,
28 Safar 1433Hijriyah.
Wednesday, December 7, 2011
Video Ohsem APG '11
Hari ni baru saya dengar pasal Pertandingan Video Osem APG '11. (ok soo several weeks ago) pakai line at&t ke yg lmbt sgt neh haha. Pertandingan ohsem mstilah dibuat oleh blogger yang ohsem juga. Promo di sini.
Mula-mula baru figure out yang sahabat saya seorang lagi selepas matlutfi90 terjebak dalam kancah video ohsem. Bermula dengan short film: Tomato kemudian baru perasan video Shahadatul Haq dalam pertandingan ini nukilan dia juga. Syabas Ahmad Zulhilmi Sobri. Pahala mencurah-curah mashaAllah bila sahabat-sahabat di seluruh dunia tengok dan dapat 'take-home message'. ;)
Saya suka video ohsem interaktif menarik. Media tarbiyyah Islam memang perlukan orang-orang ohsem seperti anda semua. Dakwah lebih menarik dan mudah tertarik gitu ;D
Buat si budak kecik Syarifah Noor, anda sangat ohsem. Video udah la comel. Love you lah. Ukhwah fillah.
Nak tengok video-video beyond ohsem?
;D
ok,bru perasan 'osem' bukan ohsem. tapi saya suka ohsem. oh well ;)
Mula-mula baru figure out yang sahabat saya seorang lagi selepas matlutfi90 terjebak dalam kancah video ohsem. Bermula dengan short film: Tomato kemudian baru perasan video Shahadatul Haq dalam pertandingan ini nukilan dia juga. Syabas Ahmad Zulhilmi Sobri. Pahala mencurah-curah mashaAllah bila sahabat-sahabat di seluruh dunia tengok dan dapat 'take-home message'. ;)
Saya suka video ohsem interaktif menarik. Media tarbiyyah Islam memang perlukan orang-orang ohsem seperti anda semua. Dakwah lebih menarik dan mudah tertarik gitu ;D
Buat si budak kecik Syarifah Noor, anda sangat ohsem. Video udah la comel. Love you lah. Ukhwah fillah.
Nak tengok video-video beyond ohsem?
;D
Ikhwah US bila pulak nak buat video?
Tak terasa tercabar dengan akhwat US ;) quoted
ok,bru perasan 'osem' bukan ohsem. tapi saya suka ohsem. oh well ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



