Saturday, March 31, 2012

mencari hikmah

RIT Connectology Leadership Conference update:

People are our greatest asset. On top of everything, the goal is develop and maximize human potential. :) 

kan dah kata, tarbiyyah modal insan tu penting.



RIT Connectology Leadership Conference update: 


For a dream to be a reality, grade your progress. Is it moving towards your aim or vice versa.. :) 

kan dah kata, mutabaah amal (catatan amalan harian) kena update selalu.


RIT Connectology Leadership Conference update: 

Basic concept of leadership, willingness to risk. For instance,I am willing to express my thoughts, which might be 99.95% wrong (or ridiculous) , 
but 99.99% chances it will help others to do it right,and making progress. :)

kan dah kata, do our best, let Allah do the rest. Usaha kuat-kuat dan Tawakal.


yang paling saya suka-->

RIT Connectology Leadership Conference:

 To achieve your dream, list your mentor,partners or friends you are accountable for. They could keep track on your progression.:)

kan dh kata ukhuwah fillah tu penting. Bila matlamat sama, kita boleh saling cubit ingatkan kalau terlalai :D



Islam inside.
Hikmah itu milik kita, carilah ia di mana-mana.

Saturday, March 24, 2012

Daurah Tarbawi


Daurah Tarbawi

Daurah maksudnya perhimpunan atau conference.

Tarbawi pula merujuk kepada tarbiyyah.

Dalam satu sesi baru-baru ini, tajuk yang dilontarkan adalah Syahadatain dan Ghazwatul Fikri. 

Apa itu Syahadatain? Apa itu Ghazwatul Fikri? *jangan fenin lagi*

Syahadatain merujuk kepada dua syahadah, iaitu dua kalimah syahadah yang kita ungkapkan 
berulang-ulang kali setiap hari.

Kalimat tersebut terdiri dari Laa Ilaaha Illallah dan Muhammadun Rasulullah.


Tiada Tuhan selain Allah dan  Muhammad itu pesuruh Allah.



Sejauh mana penghayatan kita dalam ungkapan tersebut?

 

"Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tiada Ilah kecuali Allah" (QS. Muhammad(47) : 19) 

Pembesar-pembesar Quraisy dulu sangat mengetahui bahawa  Muhammad sememangnya 
utusan Allah, juga mereka mengetahui agama Allah itu benar.
Tapi mereka tak ucapkan kalimah syahadah? Kenapa ye kenapa?
Walhal  mereka dapat  berpura-pura mengakui memeluk Islam.
Tetapi,merekmengetahui isi kandungan kalimah syahadah bermaksud mengesakan dan 
beribadah hanya kepada Allah. Jika mereka mengaku Islam kemudian menyembah berhala 
atau menyekutukan Allah dengan perkara lain,itu sangat bertentangan.
Juga,antara sebab lain, mereka tahu Islam datang bukan sahaja mengubah aqidah 
kepercayaan mereka tapi turut mencampuri seluruh aspek kehidupan termasuk
hal ehwal perniagaan. Satu tabiat buruk orang-orang kafir Quraisy adalah para peniaganya 
suka menipu dalam timbangan barang dagangan. 
Menyedari hal ini, kalimah syahadatain tidak dilafazkan oleh para pembesar Quraisy.

Bagaimana pula dengan kita yang mengucapkannya sehari-hari?
Berapa kali ye? *kira-kira*

Apa kepentingan Syahadatain?

1)Pertama, ia merupakan Pintu masuk Islam. (49:15,  37:35,  3:18)
Dengan mengucap dua kalimah syahadah, seseorang itu dianggap memeluk Islam. 
Jika sebelum ini dia bukan Islam, dia berbuat pelbagai perkara 
kebaikan seperti menderma kepada fakir miskin dan bergiat dalam community services atas 
dasar kemanusiaan semata.
Sekarang,setelah syahadatain terucap di bibir, setiap perkara baiknya dinilai di sisi Allah, dibuat hanya kerana Allah. 
Bila disebutkan ''Tiada Tuhan selain Allah dan  Muhammad itu pesuruh Allah'', 
yes memang patutlah kita ikut segala perintahNya.
Kan dah buat perjanjian antara ha
mba dengan AlKhalid? 

Bukan sekali,tapi diperbaharui tiap-tiap hari pulak tu. :)

2)Intipati Ajaran Islam (2:21,  51:56,  21:25)
Segala aspek dalam Islam tertakluk kepada dua kalimah ini. Tiap kali kita menyebut syahadatain, ia sepatutnya,
ye sepatutnya, mengingatkan kita tentang SIAPA KITA?. Dan mengesa kita cari kefahaman dalam Islam. 
Dua sumber untuk menuntut ilmu adalah Al Quran dan As Sunnah.
Al Quran yang diturunkan Allah kepada Rasulullah. Rasulullah menterjemahkan intisari 
pengajaran Al Quran mengikut peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi.
Jadi,usaha kita---> kenal riwayat hidup Rasulullah. 
Promosi --> Kuliah Sirah Online Paltalk by ISma US CANADA.

3) Titik Tolak Perubahan (6:122,  33:23,  )
Syahadatain membantu kita berubah ke arah Islam. mengukuhkan syariat, meninggalkan maksiat tapi kekalkanlah manusiawi. 
Kekalkan karakter sesama manusia.
Kita manusia, jaga hubungan sesama hamba. *ye kita hamba*

4) Hakikat Dakwah Para Rasul (60:4,  10:110)
Syahadatain merupakan seruan dakwah yang sama yang dibawa Rasul-Rasul terdahulu. mengesakan Allah. Laa Ilaaha Illallah.

Apa Kandungan Syahadatain?

1)Ikrar (3:18)
Kehidupan sebenar Islam dari perspektif kita. Islam itu seronok! Dakwah itu seronok!
Kita percaya Islam hanya akan tertegak bila sistem syariat Islam diamalkan.
Apa maksudnya?
Pada hemat saya, tak perlu malu berpakaian menutup aurat. Tak perlu malu jika terpaksa solat di tengah padang,jika terdesak.
Tak perlu malu mengaku muslim. Tak perlu malu memakai tudung sempurna. Tak perlu malu mengucap
 ''I dont shake hand with guys, I have my own way to do it'' *pakai glove and high five!* -_-
Bukan ke dah bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah? Jadi jangan malu. Runtuhkan egois.

2)Perjanjian
Syahadatain terkandung dalam Al Quran. Perlu diingat, Islam bukan agama statik, tetapi berkembang dan bertambah tambah baik.

3)Iman
Daripada ikrar dan perjanjian,lahirlah iman iaitu keyakinan dan kepercayaan. Iman? *Nurul Iman ke? sedap nama tu
*eh bukan2* Ini iman yang terserlah melalui ucapan perkataan baik-baik, rasa di dalam hati berlapang dada, perbuatan.
Hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang. Percayalah.

4)Istiqamah
Tapi,bab yang paling susah ialah bila nak istiqamah atau konsisten dengan iman. Serius payah.
Wajib ada keberanian! shabab dulu penuh semangat keberanian tapi kita?
Nak buka mulut tanya soalan kepada penceramah pun berat.
Apatah lagi nak keluarkan pendapat. 
Kalu diam seribu bahasa,tak dapatlah nak tahu apa yang tersirat di hati kamu tu wahai ikhwah akhawat.
Mungkin kamu faham yang betul,mungkin juga tidak.  Macamana nak sampaikan kepada rakan-rakan yang lain kalau penerimaan tak selaras?
KEBERANIAN. Juga perlu ada ketenangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan 
dan optimis dengan jalan dakwah dan janji Allah dalam Ali Imran (3:200)
Sabarlah dan kuatkan kesabaran :) 
Kalau tak dipulau, dilanda fitnah ujian dan menangis, anda sebenarnya bukan melaksanakan dakwah.

5)Kebahagiaan (3:185)
Kebahagiaan yang kita cari-cari ada di akhirat sana. Jangan putus asa lagi. La Tahzan.
Dunia cuma kesenangan yang diperdayakan. 

Waallahua'lam.

Teruskan percaya akan ikrar kita.

Serlahkan ia melalui perbuatan.

Fastabiqul Khairat!   jommm2!  berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan. 

bersambung : Ghazwatul Fikri.  
*sebab macam dah berat kan kepala?*


 At the Brooklyn Botanic Garden some cherry trees are already blooming because of the unseasonably warm weather. The Cherry Blossom Festival is scheduled for April 28, 29.
 
Cherry Blossoms at Brooklyn Botanic Garden

So who wanna give me some flowers? ;p

salah satu kecintaan

*sedikit coretan*
tidak seberapa cuma tapi saya betul-betul banyak belajar dari pengalaman ini
when i really read myself said those,gosh! i have to do this right.
life is not a problem to be solved, it is practical lesson to be experienced :)
subhanallah makin lama makin banyak lagi yang belum tahu.

percayalah, banyak hikmah daripada setiap perjalanan 

This is one of my favorite quotes 

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung” [QS 62: 10] 

Juga, kena ingatkan diri, kenapa kena sungguh-sungguh  belajar pelbagai bidang?

 Firman Allah S.W.T maksudnya:  
    “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)
Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para pelajar kerana KITAlah pemimpin sekarang dan di masa depan.  
 p/s: jommm2! Fastabiqul Khairat! Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan.

Friday, March 23, 2012

Siapa layak jadi pemimpin



''jika kami lalui tarbiyyah yang sama,jadi apa bezanya.'' :)

more ideas HERE

banyak yang ingin dicoretkan,tapi seperti biasa..kelu lidah tak terkata.

Engkau hanya melihat duri pada tangkai mawar
tetapi tidak mahu melihat titisan embun
yang menghiasi bahagia atasnya
-La Tahzan

berapa banyak nikmat yang tidak dapat dipancing 
dengan mensyukurinya kepada Allah
ternyata tersembunyi di balik perkara-perkara yang tidak disukai.- La Tahzan

Apabila semua jalan terasa buntu oleh anda, maka fikirkanlah janji yang ada dalam Alam Nasyrah (Al-Insyirah) -Jangan Bersedih :)

p/s: banyak perkara yang menggasak-gasak  minda untuk berfikir lebih jauh ke hadapan.

Thursday, March 15, 2012

gel yang kadang-kadang cantik

Gel Electrophoresis: Digestion of DNA With Restriction Endonucleases

First week :D
Spring quarter : knowingly a lot of fun and hectic
Longing for the sun and enjoying the mesmerizing weather
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Jangan berhenti bersyukur padaNya ya Razzaq
Kalau pun sakit,anggap ia kifarah dosa
atau
ujian meningkatkan darjat
menguji kesabaran
agar lebih hargai nikmat sihat dan masa lapang itu ;p

Esok ke New Jersey
6-hour drive
(lagi lama lab Genetic Engineering@GE)
minggu lepas ke Tennessee
12 jam perjalanan
penuh suka duka
sebarkan cinta
kuatkan tautan ukhuwah
teguhkan sebab berada di atas jalan dakwah
sokongan yang tak pernah lepas
tatkala lemah
genggamlah tangan akhawat lain :D
subhanallah
amazing
maha suci Allah
aku syukur
walau tidak ku tahu
bagaimana aku 3 5 tahun akan datang
masihkah teguh di jalan ini
tapi
aku mahu terus kuat

ya Allah
aku tak minta ujian esok lusa dikurangkan
tapi
kuatkan diriku 
persiapkanlah
supaya lebih kuat menempuhi dugaan dari  Mu
ya Rahman ya Rahim

p/s ...