Tuesday, November 22, 2011

safara almubarak ;)


Musafir itu..

Musafir itu menyeksakan..sebahagian dari Azab.
Itu kata Nabi saw..
Saya setuju..
Sebab saya tahu 'seksa'nya itu..
Tambah-tambah atas kenderaan cam dalam gambar ni malaysia-> states, penatnya Allah je yang tahu.
Bila da mula perjalanan, letih semua dikumpul sambil menanti malam tiba..
Disebabkan itu jugalah Islam banyak memberi rukhsah @ keringanan seperti solat jama' dan qasar.
Sebakan esok nak mula bermusafir ke Ohio dan michigan, saya nak berkongsi ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir. Sama-samalah kita cuba mengamalkannya kerana semua mudah sahaja, dan ia memberi nilai tambah dalam urusan safar kita..dalam kata lain, perjalanan kita, penat lelah kita jadi pahala semuanya..InsyaAllah..
ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir.

  1. Niat yang baik.Destinasi yang baik. Jalan berjalan tanpa tujuan
  2. Solat 2 rakaat sunat sebelem keluar bermusafir (solat sunat safar)
  3. Rasulullah suka bermusafir pada hari Khamis, tak suka hari Jumaat. Elak safar jumaat, sebab nanti terlepas solat jumaat
  4. Mulakan perjalanan pada waktu malam-perjalanan terasa pendek
  5. Bawa bek kecil (at least). Rasulullah saw bila musafir baginda bawa satu beg kecil yang diisi siwak (berus gigi), sikat, cermin, celak dan midra ( kayu kecil yang baginda gunakan untuk membetulkan rambutnya.)
  6. Ucap selamat tinggal. Yang tinggal doakan yang bermusafir agar selamat,sentiasa berada dalam perlindungan Allah
  7. Orang bermusafir kena banyak berdoa. Rasulullah saw pernah menyuruh Umar Al-Khattab yang hendak bermusafir agar berdoa untuk sahabat-sahabt lain termasuk untuk Rasululah
  8. Berdoalah untuk keselamatan diri semasa bermusafir. Contoh:
    "Bismillah Amantu billah wa Tawakkaltu 'ala Allah" dan doa-doa lain
  9. Bila bermusafir bersama dalam kumpulan lebih 3 orang, mesti dilantik seorang seorang ketua kumpulan
  10. Bila perjalanan kita menaik, contoh : kapal terbang sedang berlepas, kereta menaiki bukit, mendaki bukit, hendaklah kita bertakbir -Allahu Akbar berulang2 sepanjang proses tersebut. Bila perjalanan kita menurun pula, contoh : kapal terbang sedang turun untuk mendarat, kereta menuruni bukit hendaklah kita bertasbih -Subhanallah berulang2 sepanjang proses tersebut.
  11. Rasulullah saw suka mendengar AlHuda'---nyanyian, muzik yang menyenangkan hati-secara tidak langsung perjalanan terasa lebih selesa.
  12. Dan apabila kita masuk satu negara baru /negeri/ kampung baru, hendaklah kita berdoa-- minta kebaikan kampung itu, ahlinya dan apa-apa yg ada di dalamnya dan minta dijauhkan yang sebaliknya
  13. Ketika pulang bermusafir, bawalah pulang hadiah/ole-ole kerana hadiah itu mengeratkan hati sesama manusia.

Thursday, November 17, 2011

charging your iman

Setiap patah perkataan di dalamnya, mempunyai pelbagai makna yang memberi inspirasi. Setiap baris ayat yang tertera, ada amaran dan peringatan yang mampu menggetarkan jiwa seorang hamba hina. Setiap helaian al-Quran, tersirat kisah-kisah yang mampu menitiskan air mata. Al-Quran. Kitab yang mengandungi kalamullah, yang menjadi penguat saat diri rebah :)
 
“And He found you lost, and guided [you]” [Surah ad-Dhuhaa:7]
 
p/s Allah does not want us to be the best, but He want us to do the best,and for sure, let Him do for the rest.

Friday, November 11, 2011

Usbu' al-Imtihan








p/s bittaufiq wannajah kawan-kawan. 

teringat satu coretan.

Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya 'Madarij as-Salikin' bahawa setiap waktu mempunyai ibadatnya yang tersendiri. Ibnu al-Qayyim berkata:
"Ibadah yang paling baik (afdhal) ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya.''

Ibadah yang terbaik ketika berwukuf di ‘Arafah ialah bersungguh-sungguh untuk tunduk khusyuk, berdoa, juga berzikir, bukannya berpuasa yang boleh melemahkan badan untuk melakukan ibadah-ibadah tadi. Manakala amalan yang afdhal ketika sepuluh hari Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutamanya bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Ibadah yang terbaik ketika pelajar meminta tunjuk ajar dan mengajar orang yang jahil adalah mara dan sibuk dengan mengajar.

Ibadah yang paling afdhal pada setiap waktu dan keadaan ialah mengutamakan untuk mengejar keredhaan Allah pada waktu dan keadaan itu, sentiasa sibuk menunaikan kewajipan waktu, tugas dan tuntutan ketika itu."


Firman Allah Taala yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 77-78)

*ibadah itu bukan terhad kepada yang fardhu dan amalan-amalan sunat.jom jadikan belajar kita ini satu ibadah yang bermanfaat keseluruhannya insyaAllah,. niat belajar untuk mendapat redha Allah.  ;)

*heads up to Shahadatul Haq next weekend. siap sedia mental fizikal rohani jasmani*

Thursday, November 10, 2011

Istikharah Cinta

Istikharah Cinta


“Saya masih belum berkahwin. Tapi saya berazam untuk berkahwin. Buat masa ini, biarlah saya bercinta dahulu. Tapi saya akan berkahwin nanti. Mungkin bukan sekarang, tapi saya berazam untuk berkahwin juga. Supaya pasangan saya tidak lari, dan supaya dia tahu bahwa saya sangat mencintainya, biarlah kami bercinta dahulu buat masa ini. Tapi kami juga ingin berkahwin, dan kami berazam untuk itu. Tapi mungkin bukan sekarang, insyaAllah nanti…”



Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Saya percaya, ramai daripada kita yang pernah mendengar perkataan ‘istikharah’ ini dengan membawa maksud ‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh saya katakan – istikharah cinta.


Saya telah lama tahu tentang istikharah dan solatnya. Pertama kali saya bersolat sunat istikharah adalah ketika saya ingin membuat keputusan untuk belajar di MRSM. Dan kali keduanya adalah ketika saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran perubatan di Rusia. 


Pada hujung bulan Januari yang lalu, saya pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti musim sejuk ataupun bagi saya – cuti peristiwa ‘ribut salji’ yang melanda Eropah. Ketika saya sedang membelek-belek berita dalam akhbar Utusan Malaysia yang sudah lama tidak saya pegang, pandangan saya tertarik kepada sebuah artikel tentang ‘Istikharah’. 


Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliyyah iaitu meramalkan masa depan berpandukan kepada berhala dan syaitan. Ini bagi mengelakkan golongan tersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya mereka mengetahui masa depan. 


Dalam hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)


Setelah saya ber’istikharah’, saya tidak pula menunggu sehingga datang mimpi tentang pilihan yang ingin saya putuskan. Tiada suatu nas atau dalil yang menyatakan demikian. Namun, itu semua bergantung juga pada kehendak dan kekuasaan Allah untuk setiap hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya. 


Setelah istikharah, maka saya teguh dengan keputusan saya. Saya percaya kata-kata al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Maka saya teguh meneruskan keputusan yang telah saya pegang, samaada saya berasa senang atau tidak, kerana kebaikan itu pasti ada dalam jiwa ini, meskipun jiwa ini tidak menyenanginya.


Namun, sedar tidak sedar, ada sebuah rahsia rumit disebalik istikharah ini. Apabila seseorang itu meminta agar Allah memberikannya ilham atas keputusan dan pilihannya, maka selepas itu dia berasa begitu yakin, optimis dan pilihannya jitu! Maka tanpa membuang masa, dia terus memulakan langkah pilihannya. 


Tapi sedihnya, istikharah itu bukanlah membawa dia ke arah menyempurnakan syari’at ke gerbang perkahwinan, tapi ‘hidayah’ yang dia peroleh membawa dia kearah jalan yang mencatitkan dosa sepanjang perjalanannya. Sehingga sanggup dia bercinta diluar akad yang sah, malah mengisytiharkan bahawa ‘saya kini telah berpunya’!


Sudah tentulah bukan hidayah dan petunjuk Allah yang membawa dia kepada jalan ini, tapi syaitan itulah yang mengilhamkan kepada dirinya. Syari’at istikharah itu indah, tapi pudar kesannya apabila nafsu itu yang menjadi nakhoda iman.



Kalau dilihat pada kata-kata diawal penulisan saya ini, itu bukanlah kata-kata saya. Tapi kata-kata itu saya simpulkan daripada sebuah kebenaran. Fikirkanlah, perkahwinan itu tuntutan syari’at, akad yang sah itu mengikat perhubungan antara fitrah sebuah cinta. Namun, mengapa perlu bercinta diluarnya? Sehingga sanggup mengatakan:


“insyaAllah saya akan berkahwin nanti, buat masa ini biarlah saya bercinta dahulu” – adakah kata-kata ini sudah cukup untuk menyejukkan bahang neraka Allah dan memadamkan nyalaan apinya? 


Jangan kita pesongkan cinta itu dengan salutan syari’at yang diputarbelitkan tali-tali syaitan, kerana hebatnya syaitan itu terserlah, janjinya untuk menyesatkan ummah tidak pernah luntur, kerana semakin hampir Qiamat itu mendekati, semakin kuat janjinya termakbul.


Peganglah syari’at itu dan genggamlah seerat-eratnya! Jadikanlah istikharah itu sebagai pedoman untuk memayungi kesucian cinta dibawah lindungan Allah, dan letakkanlah perkahwinan itu sebagai garis mula perjalanan sebuah kemesraan cinta yang hakiki dan abadi. 


Hati saya tersentuh, bila saya membaca sepotong doa, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Jabir r.a:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa pilihan ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagiku dan berkatilah aku di dalam pilihan ini. Namun jika Engkau tahu bahwa pilihan ini buruk untukku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan pilihan itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan redhailah aku dengan kebaikan itu". 
Saya termenung memahami doa ini. Mana tidaknya, sepotong doa ini begitu sempurna untuk menjelaskan ayat Allah, sebuah ayat al-Quran yang sentiasa menemani jalan cinta ini:
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, sedangkan berperang itu sesuatu yang kamu benci. Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak"